Mungkin terasa seperti dipergunakan, akhirnya Datuk Seri Vida meluahkan perasaannya yang sebak apabila rancangan Mentor Milenia 2017 yang ditajanya hanya menyebut beberapa kali sahaja produknya sedangkan program tersebut di bawah tajaan Datuk Vida.
Video yang dikongsikan oleh Datuk Vida melalui laman Instagram itu jelas kelihatan kesedihan beliau dengan rancangan tersebut dan mendakwa tekanan darahnya meningkat.
“Saya faham, saya akur. Muka saya tak boleh masuk tv. Products tak boleh masuk tv. Tak boleh cakap apa pun, saya takpe. Tapi kalau nak sebut products pun berkira, apa nama menaja?,” - Datuk Seri Vida
Tapi ada benarnya apa yang dikatakan oleh Datuk Vida kerana jika menonton program tersebut, seolah-olah tidak wujud langsung ‘kehadiran’ produk Datuk Vida, dan program tersebut hanya mempromosikan telefon pintar yang menaja program tersebut.
Ramai peminat Datu Seri Vida menasihatkan agar banyakkan berehat dan jangan lagi menaja program hiburan seperti itu kerana ianya hanya mempergunakan beliau.
BACA INI JUGA:
EmoticonEmoticon