Friday, 5 May 2017

Terima Kasih Kerana Memanggil Saya 'MELAYU ANJING'.

Tags



Pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi, saya telah pergi ke sebuah restoran untuk membeli sarapan. Selesai membayar, saya menuju ke kereta untuk pergi ke tempat kerja. 


Setelah masuk ke dalam kereta, datang sebuah kereta Honda Accord MCB969 parking di sebelah saya. Keluar seorang pakcik tua berusia dalam lingkungan 60-an bersama anak perempuannya. 

Tiba-tiba saya rasa kereta saya seperti bergegar ketika anak perempuannya membuka pintu kereta. Tanpa berkata apa-apa, saya cuma membuka tingkap dan melihat kereta saya. Rupa-rupanya situ tua itu tidak berpuas hati dan terus menyergah saya. 

"Apa pandang-pandang?!" 

Saya pun mula keluar dari kereta dan menyatakan yang saya mahu melihat keadaan kereta saya. Saya memberitahunya yang anaknya telah membuka pintu kereta dengan kuat sehingga bergesel dengan kereta saya. 

Lelaki itu terus naik angin dan memaki saya. 

"Inilah Melayu Anjing. Baru naik Toyota Estima sudah berlagak. Esok kau mampus takkan boleh bawa ke kubur," katanya.

"Sepatutnya saya yang marah sebab kereta saya yang dicalarkan. Bukannya encik nak minta maaf sebab calarkan kereta saya, ini encik pula yang memaki hamun saya," kata saya. 

Anaknya pula terus menyumpah saya kerana bersikap kurang ajar dengan bapanya kerana berani menjawab kata-kata bapanya itu. 

"Kau nak apa?!" kata lelaki tua itu sambil meluru ke arah saya. 

Bayangkan, sedih betul saya melihat keadaan si tua itu. Di saat rumah kata pergi, kubur kata mari, si tua itu masih berupaya untuk memaki dan menganjingkan saya. Saya betul-betul tak kisah kalau yang berkelakuan seperti itu adalah orang muda. Tertapi terkilan betul dengan sikap situa yang sungguh biadab. Mungkin dia ingat saya seorang perempuan dan dengan bangganya dia memaki hamun saya.

Setakat calarkan kereta saya, memang saya tak kisah pun dan tidak terfikir langsung untuk menuntut gantirugi. Cuma saya hairan dan terkejut. Sit tua yang sebaya ayah saya sungguh bijak memaki dan menutup kesalahan anaknya yang mencalarkan kereta saya dengan menyerang dan menyergah saya.

Kepada pemilik Honda Accord MCB969, saya doakan semoga encik diberikan hidayah Allah. Sepatutnya encik menjadi contoh yang baik buat anak, cucu, cicit dan keturunan yang akan datang. Malangnya, keturunan encik mempunyai bapa, datuk dan moyang yang hebat dan bangga untuk memaki hamun orang lain.

Minta maaf sangat-sangat ye encik yang tua kerana terpaksa bersikap berani dan berkata agak kasar setelah encik memaki hamun saya. Saya tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat pada sesiapa terutamanya orang tua kerana saya seorang yang terpelajar dan didikan agama ibu bapa saya juga cukup, untuk saya menghindari sikap buruk seperti encik.

Seperti biasa juga, anak perempuannya telah mengambil gambar kereta saya. Mungkin untuk diviralkan agaknya. Namun saya tidak pernah takut dan saya ucapkan selamat berjaya.

Kepada sesiapa yang mengenali si tua dan anak perempuannya yang telah memaki dan menganjingkan saya, moga dapat memberikan sedikit nasihat kepada mereka agar dapat dijadikan bekalan di alam barzakh kelak. Moga si tua ini diberikan peluang dan ruang keinsafan. - Yana Razyana

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon