Sekiranya suatu ketika dahulu, jenama beg seperti Swan pernah mendominasikan dunia persekolahan rendah. Namun kini, zaman mungkin sudah berubah, apabila jenama-jenama yang pernah popular suatu ketika dahulu dilihat tidak lagi begitu diminati pada masa sekarang.
Sekeping gambar yang memaparkan seorang pelajar sekolah rendah yang memakai sebuah beg berjenama Supreme X Louis Vuitton telah jadi tular di laman Facebook.
Apa yang menariknya, gambar tersebut bukanlah diambil di luar negara, sebaliknya, gambar tersebut dipercayai telah diambil di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang.
Berdasarkan daripada harga yang dipaparkan di laman eBay, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bernilai lebih kurang RM44,000.
Beg berjenama Supreme X Louis Vuitton yang berwarna merah yang dipakai oleh pelajar tersebut telah mendapat perhatian warganet yang kemudiannya mempertikai keaslian beg tersebut.
Menurut beberapa warganet, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bukanlah yang asli, sebaliknya ianya mungkin tiruan kerana terdapat sedikit perbezaan berbanding dengan yang asli seperti pada bahagian butangnya yang berwarna perak, di mana ianya sepatutnya berwarna merah.
Selain daripada beg itu, kasut Nike Sock Dart yang bernilai RM349 turut mendapat perhatian yang serupa daripada warganet.
Berdasarkan kepada pakaian seragam yang dipakai oleh kedua-dua pelajar dan kain rentang berbahasa Inggeris yang terdapat di dalam gambar ini, mungkin pelajar tersebut merupakan pelajar di salah sebuah sekolah antarabangsa di Pulau Pinang. Jadi tidak hairanlah sekiranya ibu bapa mereka mampu untuk memberikan barang-barang mahal untuk dipakai oleh anak-anak mereka di sekolah.
Jangan cemburu...bukan harga barang yang mahal, tapi korang yang miskin...betul tak? Oleh itu kayakan lah diri korang supaya mampu beli barang yang berharga tinggi @ mahal...
Loading...
EmoticonEmoticon