Disaat ni ramai yg ingat kami telah pon sampai ke Japan dan sedang berseronok disana. Ini kerana sepatutnya flight kami berlepas hari isnin yang lepas.
Hakikatnya kami hanya mampu merancang. Mana nak sangkakan percutian kami selama ni mmg berjalan dgn lancar dn teratur sekali tetiba kali ni kami diuji. Paling sedih berlaku pd anniversary trip kami plk tu??
Flight kami sepatutnya pukul 9.50pagi menaiki MAS. Pada kebiasaanya kami akan pastikan sampai 3 jam lebih awal di airport utk selesaikan segala urusan. Tapi ntah kenapa kali ni memasing agak relaks je dan kami sampai KLIA hanya 2 jam sebelum perjalanan bermula. Tapi kami masing lagi tenang.
Tepat pukul 9.00pagi, ketika kami tiba di kaunter imigresen bermula lah masalah kami disini. Ini first time berlaku. Selalunya memang lepas tanpa sebarang masalah.
Hati kami tak tenang bila urusan ambik masa agak lama. Tetiba pegawai imigresen tu cakap.."ada masalah sikit, nama kena block dgn PTPTN..en kena call diorang untuk urusan ni...". Ingat husband je kena rupanya2 dua2 pon kena block. Heran jugak kami sebab baru je kami check haritu nama kami berdua mmg clear.
Dan kebetulan kami pon baru renew passport dan time tu pon kami ada tnya pegawai imigresen utk pastikan dan diorang cakap takde masalah. Kami kesuntukan masa. Jam menunjukkan 9.10pagi. Kami semakin tak keruan. Bella yg awalnya tenang mula bising dan merengek nak aeroplane!!! Nak aeroplane!!!
Huh menguji kesabaran betul time ni..husband cuba call dlm keadaan tenang utk mendapatkan bantuan. Sangat mengejutkan dengan masa yg sangat kritikal, pihak ptptn berkeras nk kami langsaikan amaun sebanyak rm18k dgn segera. Husband cuba berunding dan berjanji akan selesaikan sebaik shj kami pulang nanti. Memang niat kami nak selesaikannya nanti memandangkan lepasni kami akan ada trip lagi.
Dan benda ni pasti berlaku lagi sekiranya tak diselesaikan. Mungkin ada yg akan cakap.."berjalan boleh tapi ptptn takmau bayar"..bukan kami tak bayar ptptn tu cuma mungkin pembayaran kami tak konsisten dan tak begitu cantik..tapi berapa ramai kat luar sana yg tegar dan tak bayar langsung ptptn ni..bukanlah kami nak pertikaikan.
Ok yg tu kami malas nak cerita panjang isu ptptn ni sebab bagaimanapun kami akui ini mmg tanggungjawab kami. Tapi itu bukan isunya. Kami betul2 dah kesuntukan masa. Setelah sehabis baik cuba berunding, kami diminta untuk membuat bayaran juga yang amaunnya hampir rm10k.
Jam dah menunjukan 9.30pagi. Saya cakap kat husband.."tak perlu bayar sebab kita memang tak sempat nak kejar flight..kita lepaskan je dan cari solution lain..". Tetapi husband masih lagi berharap. Dia sedaya upaya untuk setelkan dan dalam masa yg sama jugak kami mintak tolong pegawai imigresen call gate utk hold sekejap.
Memandangkan urusan sy selesai dulu, husband mintak sy pergi dulu. Berlari sy dgn bella menuju ke gate C34. Husband cakap kalau dia tak sempat, dia suruh kami naik dulu dan kawan kami akan tunggu disana. Dia akan beli tiket lain dn sampai lewat sedikit.
Bayangkan mcm orang giler kami lari mencari pintu C34 tu. Bukan dekat. Ketika dlm train nama kami dah dipanggil. Ya Allah masa tu mmg tawakal jela sambil berharap masih lg sempat nak kejar. Sampai2 je tepat pukul 9.45pagi. Saya terus jumpa pegawai yg bertugas kat situ.
Katanya kesemua luggage bags kami telah pon dikeluarkan. Saya merayu pada pegawai tersebut. Tetapi katanya memang tak boleh buat apa2 dah.
Saya terus call husband yg kebetulan urusan dia baru sahaja selesai dan dilepaskan oleh pihak imigresen. Dia dengan semangat cakap "mintak diorang tunggu kejap, dh otw ke sana.." dan saya terus cakap padanya "kita missed flight.." Sesampainya dia di pintu C34, nampak muka kecewa dia.
Masa tu mmg blur kejap. Membayangkan kerugian kami masa tu. Dahla kami dah bayar segala kos penginapan, tiket2 di tokyo dan osaka utk 10 hari disana. Dengan bayaran ptptn yg kami dah buat hampir rm10k tu. Nak kena fikir beli tiket flight lagi dan belum lagi memikirkan kos2 perbelanjaan yg lain kat sana nanti.
Disaat ni ramai sahabat2 cuba bantu kami dr pelbagai cara. Tolong kami survey tiket flight yang murah dsbnya. Bella dah tertido kepenatan. Mana taknye malam tu dia tido hanya 2 jam excited nak berjalan punya pasal. Husband masih lagi berusaha utk pastikan perjalanan ni dapat diteruskan.
Lepas apa yg berlaku, kami pergi ke kaunter MAS untuk meminta bantuan atas apa yg berlaku. Kami memang mengharapkan mereka consider utk next flight. Kalau x dapat replacement pon (tahu memang tak mungkin dapat) mungkin boleh consider dengan harga tiket yg lebih murah.
Saya merayu pd pihak MAS untuk bantu kami. Tetapi jawapan yg kami terima sangat menyedihkan. "Kalau miss flight, kami memang tak dapat bantu..takde replacement atau special price yg kami dpt berikan.." dan sy ckp padanya.."kami bukan saja2 lambat tapi sangkut sebab ptptn isu.." dan boleh pulak ada yg tanya.."en tak check ptptn dulu ke sebelum nak pegi ni?.." ofcoz lah kami check. Mana nak expect diorang block kami last mint mcm ni. Ok on that time bukan masalah ptptn lagi dah.
Masalahnya MAS BOLEH CONSIDER ATAU TIDAKK?? "semua flight ke tokyo dan osaka dah full dah. Kami tak boleh buat apa.." senangnya lah jawab.."Takde apa2 solution ke yg u all boleh bagi?? kalau setakat pg bandung ke, jakarta ke, krabi ke atau yg dekat2 ni boleh lagi la kami pejam mata je..ok kami nak jumpa manager.."
"Owh tak boleh dan kalau jumpa pon memang jawapan tetap sama.." dan kami merayu jgk utk jumpa dgn manager. Akhirnya kami dapat bertemu duty manager yg mmg sedang menunggu kami.
Kami ceritakan apa yg berlaku. Dan manager tersebut hanya menjawab "saya tak boleh nak tolong sebab ini policy baru kami..management baru ni sangat strict..jumpa sy pon tak guna jugak sebab sy memang tak boleh tolong.."
Mudahnya bagi jawapan mcm tu tanpa cuba untuk bantu kami. Flight yg kami naiki dgn MAS pernah delay sebelum ni tapi tak pernah pon kami nak komplen. U all extend time kami sesuka hati (tokyo - kl) yg sepatutnya return 27/3 tp MAS extend 29/3.
Kami tak komplen dan kami booking accommodation kami follow your extend date. TAPI KENAPA TAK BOLEH CONSIDER LANGSUNG BILA YOUR PASSENGER ADA MASALAH DAN MEMINTA BANTUAN DARI PIHAK MAS???
Masing2 dah kepenatan dan kami decide utk balik ke rumah. Sampai je dirumah, husband dihubungi oleh rakan bosnya, Mr Vicky dr Air Asia. Dia tahu kami missed flight dan katanya dia akan cuba bantu. Mr Vicky cakap.."malam ni ada flight pukul 1.25pagi ke Osaka. Flight dah penuh tp u just standby. Harapan yg ada 50-50. Tapi i sedaya upaya tolong u...u just datang pukul around 11.30 malam - 12.30pg".
Pukul 9.30 malam kami dh keluar rumah menuju ke KLIA2. Mr Vicky minta kami tunggu dia dan sementara tu kami pergi makan. Sebenarnya time ni dah sedikit give up.
Sy dah takde perasaan nk ke japan lg dah. Rasa sebak je tgok dia kepenatan dn dalam masa yg sama terlalu excited nk berjalan. Sy cakap kat husband kalau tiket terlalu mahal tak perlu ambik. Sebab disana nanti banyak lagi perbelanjaan yg kita kena keluarkan.
Saya cadangkan padanya untuk tukar percutian kami ke Krabi atau Bandung. Sekurangnya dgn harga tiket ke Japan dapat cover segala benda kat tempat tersebut. Dan sy jugak cakap kat dia, kita baru je mengeluarkan sejumlah amaun yg agak besar utk production produk dsbnya.
Balik dr bercuti ni pon banyak payment yang harus kita standby. Husband hanya diam je dan saya tahu hatinya mmg nk sangat ke sana. Dan akhirnya dia seolah2 terpaksa setuju.
Tepat pukul 12.30pagi Mr Vicky sampai dan menemui kami. Dia yg sepatutnya habis keje pukul 11malam terus call rakannya Mr Ukay dr Servicing Counter serta sorang staffnya yg hanya dikenali sebagai abunk botak.
Dan rakannya juga habis keje pukul 11malam. Sesampai sahaja di counter, semakan pd flight ke Osaka dilakukan segera oleh abunk botak dan Mr Ukay dan memaklumkan pd kami ada beberapa kekosongan kerana ada last minit cancellation.
Dan kami juga diberitahu harga tiket termasuk luggage bags appx rm4.8k. Dengan berat hati kami terpaksa tolak tiket ni kerana harganya agak mahal. Kami bukan nak bandingkan MAS dengan AIR ASIA. Tidak sama sekali. Kami tak dibayar pon untuk bercerita ttg mereka.
Tapi yang buat kami terharu adalah usaha mereka untuk membantu kami. Apapon setinggi ucapan terima kasih pads Mr Vicky, dari Safety Department (kalau kami tak silap) serta Mr Ukay, manager in charga serta abunk botak dr servising counter kerana cuba sedaya upaya bantu kami untuk mendapatkan tiket dan melepaskan kami ke Osaka hari yang sama.
Compliment harus diberikan kerana cuba memahami dan membantu utk selesaikan masalah yang kami hadapi. U all have delivered good service to us and really appreciate it!!!
Kami balik rumah dengan hati yg sangat tenang tetap keletihan. Fikir balik nak tido je sebab seharian di airport. Dua kali patah balik ke rumah. Keesokkannya setelah puas berfikir dan mengambil kira banyak benda, kami decided utk ke Jepun jugak akhirnya.
Kebetulan ada tiket transit utk 3 orang yg hanya rm3k++. Ketika korang membaca cerita ni, kami sedang menunggu flight ke Manila, Philippines dan akan ke Osaka keesokkannya. Perjalanan mmg mengambil masa yg agak lama sedikit tapi takpela yg penting kami enjoy.
Buat sahabat2 kami yg sangat baik, yg membantu melancarkan urusan perjalanan kami juga sahabat kami yg dh sampai bbrapa hari lebih awal di bumi jepun menunggu kami..terima kasih tak terhingga kami ucapkan. Tiada siapa dapat membalasnya melainkan Allah. U know who you are.
Terima kasih Allah menghadirkan orang2 yg baik buat kami. Moga dipermudahkan segalanya buat kami. Dan perjalanan selamat pergi dan balik. Kami hanya sekadar berkongsi. Maaf cerita ini terlalu panjang dan terima kasih korang membacanya sampai habis. Assalamualaikum.
*Moga ada hikmah dan pengajaran disebalik apa yang berlaku. Kepada pemimjam ptptn, beringat dan berwaspadalah..tapi hikmah disebalik kejadian ni, laki ku terus nk buat full settlement ptptn balik ni dan aku juga menyusul nanti.
Sumber: Aida Sofea
EmoticonEmoticon