Foto seorang ibu yang menyusukan anak secara terbuka di dalam tren MRT menjadi tular di laman sosial di Singapura.
Gambar itu mencetuskan perbahasan mengenai kewajaran ibu itu berbuat demikian, menyusu badan secara terbuka tanpa kain melindungi tubuh badannya.
Bagaimanapun ibu tersebut, Cheryl Lee tidak sedar gambarnya itu dikongsi dalam page Facebook Must See Singapura News (MSSN) sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakannya.
Gambar tersebut dirakam oleh seorang penumpang pada Selasa (14 Mac) apabila Cheryl dalam perjalanan pulang selepas mencuba gaun dan pakaian untuk pertandingan Mrs Singapura, lapor The Straits Times.
Dalam foto itu, Cheryl yang memakai baju tiub, seolah-olah memberi tumpuan kepada sesuatu pada telefon bimbit suaminya sementara anak perempuannya disusukan dan anak lelakinya duduk di sebelah suaminya.
“Waktu itu sudah lewat petang dan anak perempuan saya lapar. Saya tidak perasan ada orang merakam detik itu,” katanya.
Ibu kepada 3 anak akui “kecewa”, namun berbesar hati apabila ramai yang tampil mempertahankan tindakannya mengutamakan anak kecil yang lapar.
Bagi mengelak sebarang salah faham Cheryl juga tampil berkongsi kenyataan di Facebooknya pada malam Rabu.
“Secara peribadi, saya tidak peduli kerana menyusu anak di tempat awam bukan satu kesalahan. Saya mempunyai pelindung tetapi anak perempuan saya tidak suka. Dia akan menangis dan meraung.
“Kepada mereka yang mendesak supaya menggunakan pelindung, saya minta anda makan dan minum menggunakan pelindung, mari kita lihat sama ada anda suka atau tidak,” balasnya dalam kenyataan.
Cheryl berkata dia hanya beri keutamaan kepada bayinya yang lapar dalam keadaan selesa dan tidak peduli dengan pendapat orang lain.”
Menariknya, kenyataan Facebook itu dikongsi lebih 1,750 kali dan menerima pelbagai respon positif.
Ramai yang memuji Cheryl di atas pendiriannya selain meminta orang ramai supaya tidak mensensasikan penyusuan badan.
Cheryl berkata, dia menyusukan anaknya di tempat awam sejak anak sulungnya, yang kini sudah 7 tahun. Ketika itu dia menggunakan pelindung.
“Anak lelaki sulung saya tiada masalah, tetapi anak kedua dan ketiga tidak mahu saya menggunakan pelindung. Sepanjang 4 tahun berbuat demikian saya tidak pernah berdepan sebarang masalah,” katanya.
Charmaine Khuah, 24, dalam komennya kepada ST berkata keselesaan anak lebih penting dalam hal ini. “Anak saya juga tidak suka memakai pelindung ketika menyusu. Tapi sikap orang ramai yang melihatnya seolah saya melakukan kesalahan dan cara jelingan mereka membuatkan saya rasa tidak selesa,” katanya.
Seorang lagi netizen yang enggan dinamakan berkata Cheryl sepatutnya menyusukan anak secara lebih beradab.
Katanya, walaupun anaknya lapar dan tidak suka ibunya menggunakan pelindung, sekurang-kurangnya beliau harus tutup dengan kain selendang.
“Ia bukan mengenai menyusu di tempat awam tetapi menyusu dengan cara yang baik tanpa membuat orang lain tidak selesa,” katanya.
Organisasi seperti Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu (BMSG) dan Persatuan Penyusuan di Singapura mengangkat perbuatan Cheryl sebagai sesuatu yang wajar dan patut dibanggakan.
BACA INI JUGA:
Presiden BMSG, Dr Mythili Pandi memuji tindakan Cheryl. -FMT
Loading...
EmoticonEmoticon