Ikan keli hidup bukannya mudah untuk disiang, tambahan keli ni suka pula melompat-lompat jadi makin sukar nak pegang. Yang perempuan mesti terjerit-jerit kegelian kan.
Tips mudah ini untuk menyiang ikan keli.
1. Masukkan ikan yang hidup ke dalam baldi, kemudian taburi segenggam garam lalu tutup rapat. Biarkan ikan keli meronta sehingga lemah. Perbuatan ni agaknya nampak juga kejam tapi inilah satu-satu cara yang agak mudah dan cepat berbanding memukul ikan tersebut atau membekukan ikan dalam peti sejuk.
2. Cara potong ikan keli:
Terbalikkan dulu keli tersebut. Gambarajah diatas adalah bahagian bawah ikan (bahagian sebelah perut). Cara membelah disyorkan guna gunting tajam. Tapi hendaklah berhati-hati. Pastikan keli betul-betul dah lemah.
No.1 Potong bahagian hujung kepala. Buang bahagian mulut dan misai sekali.
No.2 Potong guna gunting membelah perut hingga ke alat sulitnya. Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku dekat kepala untuk hilangkan hanyir. Cuci dengan air bersih dan siap untuk dimasak.
3. Untuk hilangkan hanyir, ikan dilumur dengan air asam jawa dan dibiarkan seketika sebelum dimasak.
EmoticonEmoticon