Parti Warisan Sabah pada hari ini menafikan penyebaran serta kebenaran senarai yang telah diedarkan melalui media massa yang kononya adalah senarai calon-calon Parti Warisan Sabah yang akan bertanding untuk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan datang.
Setiausaha Agung parti Loretto S. Padua Jr menegaskan bahawa senarai tersebut bukanlah datang daripada parti. Mustahil untuk senarai tersebut dikeluarkan pada masa ini sedangkan Dewan belum lagi dibubarkan.
Soal siapa yang akan diletakkan sebagai calon disatu-satu kawasan baik Parlimen atau pun Dewan Undangan Negeri adalah dibawah kuasa Presiden parti Dato' Seri Hj Mohd Shafie bin Hj. Apdal.
Saya percaya perbuatan ini dilakukan oleh pihak-pihak yang rasa tercabar dengan penerimaan rakyat terhadap Parti Warisan Sabah. Mungkin ini adalah satu-satunya langkah yang boleh mereka gunakan untuk cuba mengelirukan serta memecah belahkan parti.
Ini jelas dapat dilihat apabila setiap program Jelajah Parti Warisan disuatu-suatu tempat, Barisan Nasional juga akan membuat program pada waktu dan tempat yang sama.
Parti Warisan Sabah meminta agar penyokong-penyokongnya dapat bersabar. Saya percaya yang rakyat serta penyokong-penyokong Parti Warisan sekarang ini sudah bijak menilai dan tidak akan terperangkap dengan mainan politik pihak lawan. Jangan percaya dengan Khabar angin yang hanya bertujuan untuk mengelirukan serta memecah belahkan parti.
KENYATAAN MEDIA
LORETTO S. PADUA JR,
SETIAUSAHA AGUNG,
PARTI WARISAN SABAH.
| SMedia
EmoticonEmoticon