Membawa anak kecil ketika naik pesawat boleh menyebabkan huru-hara. Apalagi bagi yang baru bergelar ibubapa. Tidak dinafikan ramai ibubapa yang stress kerana anak kecil yang aktif tidak mau tenang dalam perjalanan. Belum lagi timbul kerenah-kerenah yang lainnya.
Isi goodie bag dan surat dari ibubapa Madeline. | Foto: stomp.com.sg
Sebagai orang tua, kadang ada rasa malu dan segan kepada para penumpang lain semasa bayi mulai menangis. Walaupun bayi menangis adalah sesuatu yang wajar, pasti ada beberapa penumpang yang terganggu. Namun kisah ini boleh dijadikan idea yang baik untuk para ibubapa yang lain.
Ada sebuah keluarga yang membawa bayi mereka menaiki pesawat. Ibubapa bayi yang bernama Madeline ini telah menyediakan goodie bag bagi para penumpang pesawat. Dalam goodie bag tersebut terdapat surat yang bertulis:
Hi, Nama Saya Madeline. Saya akan berumur 1 tahun pada tanggal 17 Desember, dan ini adalah penerbangan pertama saya. Saya akan mencuba untuk bersikap baik, tetapi saya ingin minta maaf terlebih dahulu jika saya menangis kerana telinga saya sakit. Ayah dan ibu saya telah menyediakan goodie bag ini, yang berisi penyumbat telinga dan beberapa alat lain agar Anda tidak terganggu kerana saya. Nikmati perjalanan Anda.
Gambar goodie bag untuk penumpang lain ini menjadi tular di media sosial. Banyak yang komen tentang idea kreatif kedua orang tua ini dan menyebut hal ini adalah bentuk pengasuhan yang baik.
Netizen berpendapat ibubapa ini layak mendapat penerbangan terbaik pada waktu berikutnya kerana tindakan mereka yang menghormati penumpang yang lain.
Memberikan penutup telinga merupakan langkah pencegahan untuk menghindari reaksi penumpang lain yang sebal kerana tangisan bayi.
Ibubapa bayi ini telah memberikan contoh yang baik kepada kita tentang sopan santun semasa dalam pesawat.
EmoticonEmoticon