Uqasha Senrose seorang pelakon yang penuh kontroversi dan sering dikecam di laman sosial.
Ini terutama apabila dia membuat keputsuan membuka tudungnya.
Namun walaupun diserang di laman sosial, dia mendedahkan tidak pernah diserang secara terbuka di tempat awam.
Malah yang lebih mengejutkan, ada haters yang akui memberi kutukan kepada di laman sosial tetapi mahu bergambar apabila terjumpa di luar.
Ini pendedahannya:
KENA KECAM TAPI NAK BERGAMBAR
"Walaupun ramai kecam saya di Instagram tapi tidak pernah pula ada yang kutuk secara terbuka di luar.
"Lebih menghairankan ada beberapa individu pernah mendekati saya memberitahu pernah mengecam saya di Instagram dan ingin mengambil gambar bersama pula."
DAH LALI
"Saya sudah tidak kisah tentang kritikan masyarakat dan tidak mampu hendak paksa mereka menyukai saya.
"Lepas isu buka tudung itu, lagi teruk saya dikecam pada awalnya namun sekarang orang sudah mula terima."
LARI PIHAK MEDIA?
"Bukan saya mahu lari daripada pihak media jika ada sesuatu isu, tapi saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa yang boleh menambah keruhkan lagi keadaan.
"Saya takut tersalah cakap dan membuatkan orang lagi benci pada saya."
Gitulah ceritanya tentang Uqasha Senrose.
EmoticonEmoticon