Thursday, 6 April 2017

Kementerian Kesihatan Brunei Haramkan Tiga Produk Tati Skincare, Lyanaz Beauty.

Tags



Akhbar Pelita Brunei melaporkan, Kementerian Kesihatan negara itu telah mengharamkan tiga produk penjagaan kulit yang berasal dari Malaysia.


Berikut ialah laporan Pelita Brunei yang menyiarkan kenyataan media penuh oleh Kementerian Kesihatan Brunei, melarang orang ramai menggunakan dan menjual produk-produk tersebut mulai 4 April:

Tiga Produk Kosmetik Dicemari Bahan Terlarang

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 April: Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan tiga produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk-produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.

Produk-produk berkenaan ialah Tati Skincare 5 in 1 Set - Night Cream dan Lyanaz Beauty Care Magic Night Cream yang masing-masing dicemari dengan Merkuri sementara Tati Skincare 5 in I Set - Treatment dicemari dengan Hydroquinone dan Tretinoin.

Bagaimanapun tidak dinyatakan pengilang bagi produk-produk tersebut.

Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, pembahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan dari pengguna; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

Hydroquinone dan tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ia dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik).

Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan wama kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatan risiko kanser kulit. Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

Kementerian Kesihatan tidak pemah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut.

Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai yang telah membeli atau mengunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengunaannya dengan serta merta.

Jika mereka mengalami kesan sampingan yang teruk dan merasa tidak sihat selepas pengunaan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik dipasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan ke Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan melalui talian telefon +673 2384182, menghantar e-mel ke health. regulation@moh.gov.bn atau berjumpa tems dengan Pegawai Penguatkuasaan di Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan, Tingkat 1, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darusalam. - Pelita Brunei

Akhbar tersebut turut menyertakan gambar-gambar produk yang terbabit dalam laporan tersebut.



Keratan akhbar itu turut menjadi viral di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna-pengguna produk tersebut yang kesal dengan pengeluar produk-produk itu.

Produk Tati Skincare dan Lyanaz Beauty yang mengeluarkan produk Babies Blinks, sering dipasarkan di media sosial dan sesetengah agen mereka menjanjikan kesan kepada kulit wajah pembeli seawal 24 jam.

Beberapa bulan lepas, seorang pengguna media sosial pernah memviralkan mengenai kulit mukanya yang rosak setelah mengenakan salah satu dari produk di atas tetapi dia dikhabarkan diugut untuk diambil tindakan undang-undang oleh pengeluar produk itu menyebabkan dia memadam status yang dimuat naik tersebut.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon