Tiga pasang anak kembar dilahirkan pada hari yang sama di Hospital Besar Keningau pada semalam (11 April 2017) menjadikan ia rekod pertama bagi hospital itu menyambut kelahiran bayi kembar sebanyak 6 orang.
Berita yang sedang viral di kalangan penduduk di daerah ini sememangnya satu kejutan kerana secara kebiasaannya kembar akan dilahirkan oleh seorang ibu dan jumlahnya sememangnya 2 bayi atau lebih.
Apa yang uniknya tentang kelahiran ini adalah ia dilahirkan oleh 3 orang ibu, 2 orang bayi setiap ibu, dilahirkan pada hari yang sama, di tempat yang sama.
Sehingga kini krew KeningauKini masih belum dapat mengesahkan perkara ini sepenuhnya dan maklumat kesemua ibu bertuah tersebut serta jantina anak-anak mereka masih tidak dapat diperolehi.
Tahniah Hospital Besar Keningau, kakitangan hospital, serta ibu bapa yang terlibat.
Sumber gambar dan info: pengguna facebook EYE-i Sabah
Kredit
EmoticonEmoticon