Saturday, 6 May 2017

'Sesak Mana Pun Keadaan Trafik, Pemandu Di Sarawak Gigih Menempuhnya Dengan Sabar Tanpa Membunyikan Hon'




HON DI SARAWAK 

1. Biasanya hon di Sarawak dibunyikan untuk mengisyaratkan pemergian kita selepas melawat rakan atau biasanya disebut hon untuk persahabatan. 

2. Hon juga dibunyikan bila kereta cuba memotong kenderaan besar seperti lori. Malah selepas diberi ruang untuk memotong, lori akan membalas dengan hon seolah-olah komunikasi ucapan 'terima kasih' dan jawapan sama-sama berlaku. Lagi satu, jika ada haiwan berhampiran yang cuba melintas, maka hon dibunyikan. 

3. Meski sesak mana pun keadaan trafik, pemandu di Sarawak gigih menempuh dengan sabar tanpa membunyikan hon. Walaupun pada waktu itu lampu isyarat rosak. 

4. Membunyikan hon lebih dilihat sebagai satu tindakan yang bersifat mendesak, bukan menegur. Sebab itu pemandu di Sarawak tidak suka dihon sesuka hati kerana merasakan ia satu tindakan membuli pengguna lain di jalan raya. 

5. Jika kereta di hadapan leka atau 'layap' di persimpangan lampu isyarat, maka kereta di belakang akan membunyikan hon yang pendek untuk menyedarkan pemandu di hadapan agar bergerak jika lampu sudah bertukar hijau. Begitu juga jika kereta terlalu perlahan di lorong kiri ketika melalui jalan dua lorong, dua hala seperti Serian ke Kuching. 

6. Di hadapan rumah-rumah ibadah, tidak pernah ada kereta yang membunyikan hon walaupun berlaku kesesakan atau terperangkap. Sifat hormat menghormati antara penganut agama menyebabkan kita mendahului rasa sabar dan menyimpan emosi. 

7. Sebab itu jika memandu di Sarawak, kita jarang mendengar bunyi hon berpanjangan. Ini menunjukkan bahawa orang Sarawak mempunyai sifat sabar yang tinggi. Walaupun banyak acara keagamaan yang kadang kala membuatkan jalan menjadi sempit, kereta mungkin terhalang, namun boleh diselesaikan dengan kesabaran. 

Baik sewaktu solat Jumaat, misalnya di gereja pada hari Ahad, all soul day, upacara memperingati roh di perkuburan cina yang melibatkan kesesakan dapat diatasi dengan kesabaran dan sifat saling faham memahami. Tambahan pula penggunaan sukarelawan RELA dari pelbagai kaum membantu melancarkan kesesakan. 

Semoga rakyat Sarawak kekal dinamik dalam sikap bertoleransi. hon di Sarawak adalah satu kejanggalan. Demikianlah kisah hon dan Sarawak.

Oleh Cikgu Emmet via IFTTT

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon