BARU-BARU ini aku ada berbual dengan seorang rakan yang bekerja sebagai tukang buat rumah. Sahabat aku ini adalah kawan lama, maka pelbagai cerita kami bualkan di dalam perbualan itu, daripada sekadar bertanya khabar tentang kehidupan masing-masing sampailah kepada cerita politik dalam dan luar negara.
Aku cuba ambil peluang bertanya tentang kecenderungan politiknya memandangkan pilihan raya umum nampaknya sudah tidak berapa lama lagi.
"Apa pendapat kau tentang Najib?", tanya aku kepadanya, dia mengakui bahawa Najib telah mencipta banyak masaalah kepada dirinya, terutama berkaitan kos sara hidup, perlaksanaan cukai GST, dan pemotongan subsidi serta peruntukan badan-badan kerajaan.
Dia pun menghuraikan satu demi satu sebab kebenciannya dan penentangannya kepada Najib, aku tekun mendengar hujah dan butir-butir ucapannya.
Namun bila aku tanya adakah dia masih mahu mengundi Barisan Nasional pada PRU14 yang akan datang?
Sahabat aku itu menjawab ringkas,
"Ya aku tetap akan pangkah BN macam dulu."
Aku merasa hairan, macam mana dia yang tidak suka Najib kerana Najib telah menimbulkan pelbagai masaalah kepadanya tapi masih akan terus mengundi BN, jadi aku pun tanya apa sebab dia masih tetap mahu mengundi BN?
Dari jawapannya barulah aku faham, rupa-rupanya dia merasa terhutang budi kerana dia merupakan salah seorang penerima BR1M sebanyak RM450.
Dia merasa terhutang budi kerana dia percaya walaupun Najib punca kepada kenaikan kos sara hidup, tetapi Najib telah berjasa memberikan sedikit bantuan duit saku sebanyak RM450 kepadanya setiap tahun.
Maka aku pun bertanya kepadanya,
"Berapa gaji kau sebulan?"
Dia menjelaskan gajinya tak menentu secara purata pendapatannya setiap bulan adalah sekitar RM2,000.
Aku bertanya lagi,
"Setiap bulan gaji kau habis dibelanjakan atau masih ada tinggal sedikit untuk simpanan?"
Dia menjawab,
"Setiap bulan bukan setakat habis, tak cukup lagi adalah, selalu terpaksa pinjam duit orang untuk tampung keperluan."
Maka aku pun jelaskan kepadanya,
"Kalau kau habiskan kesemua gaji kau setiap bulan sebanyak RM2,000 maknanya dalam masa sama kau bayar RM120 cukai GST kepada kerajaan (6% daripada RM2,000), setiap bulan,"
"Setiap bulan kau bayar RM120, maknanya dalam setahun kau bayar cukai GST sebanyak RM1,440,"
"Kau bayar kepada Barisan Nasional RM1,440 setahun, kemudian BN bayar balik kepada kau RM450 setahun. Sebenarnya dia bayar BR1M pakai duit siapa?" tanya aku kepadanya.
Mendengar penjelasan ringkas itu, wajah sahabat aku itu tiba-tiba berubah, dia mulai sedar bahawa selama ini emosinya telah dipermainkan dengan pemberian BR1M.
"Pergh, baru aku perasan aku dah kena 'game' depan batang hidung, rasa terhina sial, sebenarnya BR1M tu duit aku sendiri," jawabnya seperti baru tersedar dari mimpi.
Aku kongsikan perbualan ini kerana aku percaya ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana yang selama ini tak sedar bahawa BR1M itu bukanlah duit kocek Najib yang diberi kepada rakyat, seperti seorang ayah memberi duit saku kepada anaknya, tetapi sebenarnya ia adalah duit rakyat itu sendiri.
Contohnya dalam isu kawan aku ini, kerajaan BN kutip GST daripada dia sebanyak RM1,440 setahun kemudian BN bayar balik sebanyak RM450, hitung bersih sebenarnya dia bayar RM990 kepada kerajaan BN (RM1,440 - RM450 = RM990).
"Sebenarnya aku yang bagi BR1M RM990 kepada Najib, bukan Najib bagi BR1M kepada aku," katanya mengakhiri perbualan dalam isu tersebut.
Mohon sebarkan...
EmoticonEmoticon