Atikah mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya dan suami Arifin ketika jenazah anak mereka Desri Ratna Sahara di angkut seperti barang diatas kenderaan pick up yang hanya ditutup dengan payung.
Video yang tersebar di media sosial berkenaan di muat naik oleh Trimo Nyawang Kokadohan yang berlaku di tasik Malaya Jawa Barat, menurutnya Ratna Sahara meninggal dunia dalam perjalanan kembali ke hospital menggunakan kereta pick up kerana tidak mampu membayar ambulans.
Dalam video si ibu meraung berguling-guling di tepi jalan, sementara ayahnya hanya duduk diam disebelah jenazah anaknya seolah menyalahkan takdir kehidupannya.
Menurut sumber, pada awalnya Ratna Sahara mengalami demam panas dan dibawa kembali ke hospital berhampiran kampung mereka, namun kerana semakin teruk, pihak hospital itu menyarankan agar membawa Ratna ke hospital lebih besar di Tasik Malaya untuk pemeriksaan lanjut.
Hanya kerana kerana tidak ada duit, pihak hospital berkenaan enggan menghantar Ratna yang dalam keadaan tenat dan kedua-dua orang tuanya terpaksa menyewa sebuah kenderaan jenis pick up untuk mengangkut anaknya, tapi sayang dalam perjalanan Ratna menghembuskan nafas terakhir.
Akibat daripada posting itu, netizen meluahkan rasa kecewa, sehingga mereka membuat andaian, kalau pihak hospital berkenaan mahu memberikan kerjasama, kemungkinan besar gadis malang itu masih boleh diselamatkan.
EmoticonEmoticon