Thursday, 6 July 2017

(5 Gambar) Darah Mengalir Seperti Air Didewan Bedah Bersalin. Anak Longlai Sambil Menyusu Jasad Kaku Cikgu Siti Rohana.

Tags



Sungguh tragis apa yang berlaku kepada ibu ini, Cikgu Siti Rohana dijemput ilahi disisi kedua-dua anak nya yang menangis kelaparan setelah hampir 12 jam disisi jasad ibu nya.


Anaknya yang pertama menyusu pada badan ibu nya yang telah meninggal dunia sebab sudah terlalu lapar sambil menangis sampai muntah-muntah sebelum bapanya pulang kerumah dan melihat rumah bergelap alangkah sayu nya melihat jasad kaku isteri disisi kedua anak-anaknya diatas katil.

Laporan awal sebelum disahkan oleh pihak Hospital mangsa maut mungkin akibat pendarahan di Ceaser tempat pembedahan semasa bersalin yang masuk hari ke48, ini didedah kan melalui mesej whats app arwah kepada sahabatnya.

Dilaporkan Siti Rohana Redzuan, 36, yang juga guru Sekolah menengah di Kulai ditemui dalam keadaan kaku di atas katil di sisi anaknya oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja pada 8.30 malam kelmarin.





Terdahulu, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori keluar dari rumah pada 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika lelaki itu keluar bekerja, isterinya sedang nyenyak tidur.

"Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya.

"Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

"Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga," katanya.

Menurut Razak, bedah siasat sudah dijalankan ke atas mayat guru berkenaan, semalam dan mengesahkan punca kematiannya adalah akibat paru-paru berair dan masalah jantung. Al fatihah salam takziah buat keluarga arwah.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon