Saturday, 8 July 2017

Isteri Tiba² Berubah Selepas Beli Nasi Periuk Kera Di Gerai Usang Tepi Jalan Dan MENINGGAL Selepas Seminggu. Rupa²Nya…

Tags



Orang Sarawak mesti tahu tempat nama Serikin, yang terletak di Kuching, Sarawak. Ramai bersetuju apabila keadaan jalannya dikatakan agak ‘keras’, tidak ketinggalan seorang netizen di Facebook ini yang turut mengiyakan kenyataan ini.


Kejadian ini menimpa kakak kepada teman wanita abang pengguna Facebook bernama Dayang Jannefer ini yang telah dikongsi di ruangan komen laman sosial itu.

Menurutnya, suatu hari, kakak kepada teman wanita abangnya itu bersama-sama suaminya baru selesai membeli-belah di Pekan Serikin, sebuah pekan kecil di Kuching.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ternampak sebuah gerai kecil di tepi jalan yang menjual nasi dalam periuk kera. Dia kemudian meminta suaminya memberhentikan kereta untuk membeli nasi tersebut.

“Abang, kita singgah sini kejap,” katanya.

Suaminya pun bersetuju dan tanpa berlengah isterinya turun untuk membeli nasi tersebut. Ketika mereka berhenti, tiada pelanggan lain yang kelihatan sedang membeli di gerai tersebut.

Selesai membeli isterinya masuk ke dalam kereta dan terus makan. Tiba-tiba si isteri menyuruh suaminya patah balik. Dia berkata, ‘Abang, patah balik. Saya nak beli untuk mak sekali. Sedap nasi periuk kera ni’.

Namun setelah sampai di lokasi itu, gerai tersebut sudah tidak kelihatan. Padahal baru sekejap mereka beransur dan terus patah balik. Bayangan peniaga itu pun tidak kelihatan.

Dalam perjalanan pulang dari Serikin, keadaan sekeliling amat sunyi kerana tiada penempatan di kiri dan kanan jalan. Mereka berdua pula hanya mendiamkan diri di dalam kereta.

Selepas pulang dari Serikin keadaan si isteri berubah menjadi pendiam, tidak terurus, apa yang lebih pelik dia sudah tidak mengenali siapa ahli keluarganya.

Keadaan bertambah pelik apabila anak lelaki mereka yang sebelum ini agak rapat dengan isterinya enggan mendekati ibunya itu.

Setiap kali melihat ibunya dia akan menangis dan apa yang mengejutkan semua adalah apabila dia berkata “Saya tak nak dekat dengan ibu. Saya takut sebab ada nenek di sebelah ibu dan mukanya buruk!”

Mereka akhirnya memutuskan untuk membawa si isteri berubat. Malangnya perubatan tradisional itu tidak berkesan dan wanita meninggal dunia seminggu selepas kejadian.

“Saya seperti tidak percaya kerana arwah adalah seorang yang baik. Allah Maha Mengetahui atas setiap kejadian,” kata Dayang melalui ruangan komen itu.


Ini kali pertama dengar kisah orang mati membeli makanan di tepi jalan akibat benda mistik! Biasanya yang meninggal mesti sebab santau. Apa-apa pun semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Sumber: lobakmerah via malaysiakubaru

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon