HIDUPKAN ISA! Itulah antara nada2 mereka yang luluh hatinya apabila berbicara soal delegasi perundangan Sarawak ke Kota London. Begitulah ancaman demi ancaman apabila Sarawak hendak menuntut haknya.
Pertanyaan saya...apakah Malaysia sekarang sedang dikancah perpecahan kerana setahu saya yang dilakukan oleh Sarawak adalah untuk mendalami apa itu Perjanjian Malaysia. Satu perjanjian yang dibuat puluhan tahun dahulu wajar diketahui oleh kita sekarang. Kembali ke akarnya duduk semeja dengan pemegang trustee langsung bukan satu ancaman.
Mengapa Sarawak harus diancam kerana itu hak Sarawak yang merupakan rakan kongsi di dalam pembentukan sebuah gagasan bergelar Malaysia. Jika 54 tahun dahulu boleh memujuk dan mengiakan segalanya tetapi terpesong niat di tengah perjalanan mengapa harus sombong dan bongkak sekarang seolah-olah anda menjadi 'tuan'.
Setakat ini belum lagi kedengaran bahawasanya Sarawak mahu berpisah dengan Malaysia. Yang over reacted itu kenapa. Biarlah Sarawak merencana perancangannya dahulu dan hormatilah tindakan Sarawak.
Fahami mengapa ianya menjadi sebegini. Jika lama dahulu pandai menjaga rakan sejajar mungkin ianya tidak menjadi sebegini. Ada berkata mengapa sekarang mengapa tidak dahulu. My say... better late than never ok.
1 jari telunjuk pada oranglain ada 4 jari menunjuk pada diri sendiri.
Jika bukan orang Sarawak yang membela untung nasib anak bangsanya. SIAPA lagi? SARAWAK JUGA BANGSA BERMARUAH!
Bangunlah wahai anak bangsa Sarawak. Tinggalkan perbezaan agama, kaum dan politiking. Bersatu kita dibawah panji Sarawak dengan menyokong penuh tindakan Kerajaan Sarawak. Bersatu dan sama2lah kita berdoa agar barisan anak kenyalang mampu melebar sayapnya menghadam hak2 kita di Kota London kelak. Untuk kita dan anak cucu kita di kemudian hari. Jika tidak sekarang...BILA LAGI!!!!
Kekallah Sarawak Bertuah Teras Perjuangan Rakyat Berjaya Berdaulat.
Munpahambisak*
"Sila share"
-HB-
EmoticonEmoticon