Tuesday, 18 July 2017

Lelaki Cemburu Tuduh Dan Viralkan Kononnya Soffi Jikan Mengurat Isterinya Tampil Mohon Maaf.

Tags



Seorang lelaki yang sebelum ini pernah menuduh pelakon Soffi Jikan mengurat isterinya sehingga tular di laman Facebook telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada pelakon berkenaan, lapor mStar Online.


Lelaki berkenaan berkata, dia sebenarnya telah salah sangka dengan tindakan pelakon KL Gangster itu yang memberikan senyuman kepada pasangannya ketika mereka sedang menikmati makan malam di Jawi, Pulau Pinang pada minggu lalu.

“Assalamualaikum, tujuan sebenar saya ingin memohon maaf kepada abang Soffi Jikan tentang masalah salah faham baru-baru ini.

“Saya minta maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menuduh Soffi Jikan cuba menganggu pasangan saya sewaktu tengah makan sehingga menjadi viral di laman sosial,” ujarnya.

Soffi pada Sabtu lalu dilaporkan berang apabila dituduh memandang dan senyum kepada seorang wanita kononnya berstatus isteri orang di sebuah restoran di Pulau Pinang di mana keratan gambar tuduhan itu dimuatnaik ke laman Instagramnya.


Menurut Soffi ketika itu niatnya hanya membalas senyuman kepada seorang peminat dan bukan mengurat wanita berkenaan seperti dituduh pemuda tersebut.

Lelaki berkenaan telah memberitahu yang dia sudah bertemu dengan Soffi bagi menjernihkan keadaan yang telah ditimbulkannya itu.

“Saya telah pun bersemuka dengan Soffi dan meminta maaf atas kesilapan yang saya lakukan itu,” ujarnya dipetik tulisan mStar.

Palakon itu turut mengesahkanperkara ini dimana menurut beliau semuanya sudah diselesai secara baik apabila lelaki berkenaan datang bertemunya untuk meminta maaf, pada malam Sabtu lalu.

Tambahnya, dia juga tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu. 

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon