Pelakon Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizul Wan Omar, 32 mendakwa ‘dibelasah’ peniaga mempelam ketika pulang bercuti bagi menyambut Aidilfitri di Rantau Panjang, Kelantan semalam.
Fizo melalui laman Instagramnya turut memuatnaik klip video berdurasi 46 saat tersebut untuk dikongsi bersama para pengikutnya.
“Samseng betul akak jual pelam ni. Tak pasal2 kene belasah,” ujarnya secara berjenaka.
Insiden tersebut dikatakan berlaku apabila Fizo mengusik peniaga yang menghidap sindrom terkejut berlebihan (hyperstartle syndrome) atau lebih dikenali sebagai latah.
Paling menarik di akhir klip video tersebut, peniaga perempuan tersebut turut dilihat berjoget sambil melagakan punggungnya dengan Fizo.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata menyifatkan aksi tersebut sebagai lucu.
Namun ada juga merasakan Fizo tidak sepatutnya menganggu peniaga tersebut sambil menyifatkan ia sebagai bahaya.
Klik video Fizo Omar dibelasah dibawah:
“Percaturan Allah itu sangat baik dan hebat. Mungkin dulu kami belum dikurniakan anak sebab nak beri kami ruang untuk cari duit dan bina ekonomi yang kukuh. Tahun ini mungkin Allah kata masa sesuai untuk kami diberikan rezeki anak, maka ia adalah waktu yang tepat.
“Memang saya teruja dan gembira bila dapat berita ini. Mawar dijangka bersalin pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya penuh gembira.
Tambah Fizo, dia juga tidak terlalu mengharapkan soal jantina anak asalkan isteri dan bayinya itu berada dalam keadaan sihat.
“Kalau boleh saya nak anak lelaki tapi kalau Allah nak bagi anak perempuan pun saya tak kisah.
“Jika itu yang terbaik saya terima sebab ia adalah amanah dari Allah kepada kami. Diharap semua mendoakan kesihatan isteri saya serta bayi.
“Setakat ini Mawar tidak alami sebarang alahan atau mengidam perkara yang pelik,” jelasnya lagi.
Sementara itu, bagi memastikan kandungan Mawar yang kini memasuki usia dua bulan terjaga rapi, Fizo mengambil alih semua tugas di rumah.
Kata Fizo, dia berazam untuk memberi sepenuh perhatian pada isterinya termasuk menyediakan makanan yang sihat untuk ibu serta bayi di dalam kandungan.
“Mawar masih di peringkat trimester pertama di mana kandungannya masih lagi baharu dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi.
“Saya sudah mula memasak hidangan berkhasiat dan berzat demi pertumbuhan anak di dalam kandungan,” ujarnya lagi. - MassaTV
EmoticonEmoticon