Sejak negeri Selangor melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada Januari yang lalu, ramai orang mengambil peluang untuk menghasilkan beg rekaan sendiri untuk mengisi barangan keperluan mereka.
Ada yang menghasilkan beg dengan cetakan grafik yang unik. Ada yang menghasilkan beg dengan ayat yang tersendiri. Tapi ada juga yang mengambil kesempatan dengan menghasilkan beg yang dicetak dengan ayat sindiran.
Menurut laporan New Straits Times, beg yang dicetak dengan ayat “Perdana Menteri Saya Memalukan” itu dijumpai oleh Alan Ridzuan, Timbalan Presiden Gerakan Biro Bersatu Abata ketika dia sedang membeli belah di sebuah pusat beli belah Petaling Jaya.
“Pada pukul 10 pagi, ketika saya sedang membeli belah saya ternampak penjualan beg tersebut di tepi sudut pusat beli belah. Saya percaya ayat-ayat itu digunakan untuk memfitnah dan memalukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.”
Alan Ridzuan yang juga seorang ahli Gerakan Team Bos 38 turut menyuarakan bahawa penjualan itu hanya berlangsung untuk satu hari. Kesal dengan penjualan tersebut, Alan meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap badan pengurusan pusat beli belah itu kerana membenarkan penjualan tersebut mengambil tempat.
Siasatan mengenai kes ini sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Petaling Jaya kata Mohd Zani Che Din, Penolong Pesuruhjaya Ketua Polis Daerah.
Menurutnya, “Kami belum lagi mendapatkan sebarang kenyataan mengenai gerai tersebut kerana ia disewakan. Peniaga yang bertugas juga menghilangkan diri.”
Kalau mahu meniaga, ikut garisan panduan yang ditetapkan dalam urusan jual beli. Jangan sesekali fitnah sebegitu. Tak baik.
EmoticonEmoticon