Setiap orang yang bergelar ibu dan bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka bagi memastikan keturunan yang sihat akal dan tubuh badan, tetapi doktor ini punyai caranya tersendiri dalam memilih jodoh untuk anak-anaknya nanti.
Tidak masuk akal dalam dunia yang serba moden ini, masih terdapat segelintir ibu bapa yang masih mengabaikan hak anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan imunisasi.
Akibatnya, anak-anak juga yang menerima kesan buruk yang tidak terjangka daripada sikap ibu bapa mereka itu.
Seorang doktor bernama Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah memberikan peringatan kepada orang ramai daripada pengalamannya sendiri berhadapan dengan pesakit yang dijangkiti Rubella oleh kerana ibunya tidak divaksin.
Menerusi akaun Facebooknya, Dr. Azlindarita menceritakan keadaan bayi yang dijangkiti penyakit Rubella itu:
“Mata bayi itu ada katarak, glaukoma (tekanan tinggi dalam mata) dan saraf retina juga tidak normal.”
Dalam pada itu, doktor itu turut sempat bergurau dengan menetapkan 3 ciri-ciri utama yang bakal dipertimbangkan ketika mahu memilih calon menantu kelak!
Antara kriteria pemilihan bakal menantu untuk anak-anak saya adalah:
- Beriman
- Beramal soleh (terutama jaga solat)
- Sudah divaksin dan bawa bukti buku vaksinasi semasa meminang.
Peringatan daripada Dr. Azlinda ini amat penting dan perlu diambil perhatian khususnya oleh ibu bapa baru yang masih samar-samar tentang kepentingan imunisasi bagi mengelak penyakit-penyakit berjangkit seperti measles, kancing gigi, batuk kering (TB) dan polio.
EmoticonEmoticon