Friday, 25 August 2017

Isu Nikah Hafiz Dan Joy Revfa. Selepas Lama Berdiam Diri, Akhirnya Pengarah JAIS Beri Komen Yang Buat Ramai SETUJU.

Tags




Sudah seminggu isu kontroversi pernikahan Hafiz dan Joy masih disebut ramai. Kalau ikut Islam, memang setuju dengan pihak mufti dan lain-lain, memang sah pun pernikahan mereka. Yang jadi isu sekarang adalah berkenaan teknikal (pendaftaran, etc). Apa-apa pun, mungkin ada hikmahnya terjadinya polemik ini. Allah Maha Mengetahui. Ikuti kata Pengarah JAIS.

BEKAS SUAMI DAH SAHKAN PENCERAIAN

Pasangan kontroversi, penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa memperoleh kebenaran bernikah selepas bekas suami usahawan kosmetik itu mengemukakan surat pengakuan mereka sudah bercerai pada 2015.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata isu itu bagaimanapun timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran, tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.


“Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

“Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.

“Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

“Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

“Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami,” katanya kepada BH Online.

Haris berkata, kemungkinan atas nasihat pejabat agama di Songkhla, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.

NASIHAT JAIS

“PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.

“Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu,” katanya sambil menambah jika Ray yang mendaftarkan perceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

BEKAS SUAMI BEKERJASAMA PENUH DAN JAIS MEMUDAHCARA

Haris mengaku jika mengikut prosedur, dalam situasi itu, surat cerai perlu dikemukakan sebelum pasangan bernikah.


“Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tak nak campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri,” katanya.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon