Angeline Francis Khoo bukanlah gadis biasa. Sejak kecil hidupnya dilimpahi kemewahan, dikelilingi pengawal peribadi, memiliki jet peribadi dan tiga buah rumah di tiga benua. Siapa tidak kenal dengan ayahnya Tan Sri Khoo Kay Peng seorang billioniare yang memiliki saham terbesar dalam syarikat fesyen terkenal Laura Ashley dan beberapa buah hotel terkemuka.
Namun pada tahun 2008 segalanya berubah bagi Angeline apabila dia melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Oxford. Di sini dia bertemu dan jatuh cinta dengan Jedidiah Francis kelahiran Caribbean pelajar saintis data. Mereka merancang untuk berkahwin. Tetapi niat ini ditentang hebat oleh ayahnya.
Angeline sedar, mengahwini Jedidiah bermakna berpatah arang dengan keluarganya dan kehilangan sokongan kewangan. Lebih perit kekayaan 40 peratus bernilai RM1.7 billion yang bakal diwarisinya juga terlepas tangan!
Tapi demi cinta kepada Jedidiah, dia sanggup melepaskan segalanya. Perkahwinan mereka diteruskan dan dilangsungkan kecil-kecilan di Pembroke College Chapel dengan kos cuma £1,500 (RM8500) dan dihadiri 30 orang tetamu - kebanyakannya bekas teman-teman sekuliah dan keluarga Jedidiah. Tidak ada seorang pun keluarga Angeline yang datang.
Selepas berkahwin mereka tinggal di penginapan Kolej Pembroke, tempat Jedidiah bekerja. Sementara itu Angeline pula bekerja dalam bidang pemasaran.
Mungkin Angeline tidak menyangka, kerana cinta dia terpaksa meninggalkan kemewahan dan hidup di rumah sederhana. Kini Angeline terpaksa merancang kewangan dengan cermat bersama suami untuk disesuaikan dengan kemampuan sederhana mereka.
Walaupun berpatah arang dengan ayahnya, Angeline mengaku masih mengharap suatu hari nanti kemarahan ayahnya akan surut dan menerima perkahwinan mereka.
Jadi bagaimana dengan anda? Antara CINTA dengan harta bernilai RM1,700,000,000.00 yang mana pilihan anda? Pilih dengan jujur!?
Loading...
EmoticonEmoticon