KOTA KINABALU: Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Optik kerana disyaki membuat tuntutan kerja lebih masa yang palsu.
Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Sabli berkata kesemua suspek itu termasuk seorang wanita berumur di antara 26 hingga 38 tahun yang bertugas di Jabatan Optalmologi hospital itu di antara 10.25 hingga 10.35 pagi tadi.
Beliau berkata suspek disyaki mengemukakan dokumen tuntutan Penyata Elaun Lebih Masa palsu dengan keseluruhannya berjumlah RM126,757.24 di antara Januari 2016 hingga Mei 2016.
“Kelapan-lapan suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 24 Ogos (esok) bagi 38 pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya dua daripada lapan suspek berkenaan juga menghadapi 20 pertuduhan lain mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. - BERNAMA
EmoticonEmoticon