LUCU dan kesian. Tapi apa nak buat… Sebab awak lembu, awak mesti dikorbankan nanti!
Aksi spontan mamalia itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd. Zaidi Desa. Apa yang lucu? Pernah tengok lembu peluk tuannya sebab takut kena sembelih?
Zaidi yang berasal dari Changlun, Kedah telah memuat naik satu status berserta gambar seekor lembu memeluk tuannya yang bakal disembelih pada sambutan Hari Raya Aidiladha!
Kata Zaidi, lembu itu memang sayang pada mak mertuanya tu. Sampai dia sendiri rasa berat hati nak korbankan lembu tu untuk Hari Raya Haji nanti.
Tapi itulah, benda yang kita sayang itulah yang perlu kita korbankan kan? Tengok besar mana lembu tu sampai dia peluknya tuan nya tu.
Macam yang kita tahu, haiwan yang dikorbankan inilah yang akan jadi tunggangan kita di akhirat sana nanti.
Yang paling kita sayang itu kadang kala perlu kita korbankan untuk kebaikan nanti.
Tengok lah tu ada seekor lagi lembu iaitu adik kepada si lembu yang besar tadi. Dia ingat dia tu kucing ke nak peluk macam tu?
Selalu kita tengok kalau dekat luar negara, singa, beruang atau harimau yang peluk tuannya. Di Malaysia kita ada lembu yang peluk tuannya.
EmoticonEmoticon