Kejayaan sesuatu syarikat yang berasaskan penjualan produk banyak bergantung kepada strategi pengiklanan yang mantap.
Walaupun terdapat peraturan yang harus dipatuhi, kadangkala perang iklan antara syarikat yang bersaing boleh mencapai tahap yang agak mencuit hati.
Kisah perang iklan sensasi antara BMW dan Audi, kedua-duanya syarikat pelopor kereta mewah mencuri tumpuan ramai.
Ia bermula di California apabila Audi meletakkan papan iklan besar yang tertulis: “Chess? No thanks, I’d rather be driving”.
Kemudian, Audi mengubah papan iklan tersebut dengan mesej yang ditujukan khas kepada pesaingnya BMW. Ia tertulis: “Your move, BMW.” sambil memaparkan gambar keluaran Audi A4.
BMW membalas dengan meletakkan papan iklan 3 kali ganda lebih besar bersebelahan dengan papan iklan Audi itu dengan memaparkan kereta 3 series BMW. Ia membawa mesej pedas “Checkmate”.
Ini tidak berakhir di situ. Audi kemudiannya meletakkan papan iklan bersaiz sama yang tertulis: “Check yourself” dan “Think again” dengan menonjolkan kereta R8 dari Audi. Ia juga meletakkan papan iklan yang tertulis: “Your pawn is no match for our king”.
BMW tidak mengalah dan seterusnya meletakkan belon gergasi yang digantung pada papan iklan Audi R8 menampilkan kereta F1 nya. Ia membawa mesej ringkas: “Game over.”
Audi kemudiannya meletakkan papan iklan di tempat lain untuk membalas mesej BMW dan tertulis: “Time to check your luxury badge. It may have expired”.
Ini tidak berakhir di situ. BMW kemudianya meletakkan papan iklan gergasi di Moscow yang menampilkan kereta-kereta buatannya termasuklah kereta M series BMW.
Perang iklan ini masih tidak selesai antara BMW dan Audi. Audi mengunakan strategi iklan baru dengan memberikan ucapan tahniah penuh sindiran kepada BMW.
BMW membalas lagi dengan mesej yang agak sama.
Entah dari mana, tiba-tiba mucul pula kereta biru Subaru yang memberikan ucapan tahniah sarkastik kepada kedua-dua pengeluar kereta BMW dan Audi.
Ini kemudianya menjadi trend apabila sebuah kereta pesaing lain tampil dengan kereta yang hebat.
Mesej terakhir datang dari Bentley, yang memaparkan gambar bergaya pengerusinya yang sekaligus mengakhiri perang iklan tersebut.
EmoticonEmoticon