Thursday, 21 September 2017

'Awak Dan Perempuan Tu Sama BODOH, Sila Hidup Dan Mereput Bersama²' - Anna Danisha, Bini Shahrol Shiro.

Tags



Shahrol Shiro dan isterinya Anna Danisha telah bernikah tahun lalu dan telah pun dikurniakan seorang anak. Sebelum berkahwin sehinggalah kini, memang jarang mendengar gosip atau kontroversi melibatkan kedua-dua mereka ini.


Namun, beberapa hari lalu, Anna Danisha telah membuat beberapa status di laman Instagram miliknya yang mencetuskan tanda tanya.

Ini status dari Anna Danisha:



Ternyata amat marah status tersebut, namun tidak disebut secara spesifik kepada siapa ianya ditujukan. Kemudian, Anna Danisha ada menulis komen di ruang IG milik Shahrol Shiro mengatakan ramai perempuan tergila-gilakannya.

Ini membuatkan ramai menyangka status itu dibuat kepada suaminya Shahrol Shiro.

Ini komennya:


Apabila kes ini menjadi viral kedua-dua suami isteri ini telahpun membuat kenyataan.

Ini respon balas dari Shahrol Shiro dan isteri tentang hal ini dan ini respon Shiro.

Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Anna Danisha, menjadi buah mulut orang ramai kerana ada memuatnaik status yang mengejutkan.

Dari statusnya, dilihat isteri Shahrol ini seperti tidak berpuashati dengan seseorang. Anna dilihat amat marah dan memohon wanita berkenaan ‘mereput’.

Ada yang beranggapan status itu ditujukan kepada suaminya, Shahrol.

Anna Danisha atau nama sebenarnya, Nor Farhanah menjelaskan kenyataan dan luahan marah yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Rabu bukan ditujukan kepada suami.

Sebaliknya, Anna Danisha berkata, status itu ditujukan khas kepada rakan perempuannya.

Ini komen Anna:

“Tak ada apalah, kenyataan itu kepada rakan-rakan perempuan saya sahaja. Kami baik-baik sahaja, tak ada gaduh pun laki bini.”

Sementara itu, Shahrol juga tampil memberi kenyataan tentang dakwaan rumah tangga bermasalah.

Shahrol berkata komen isterinya di salah satu foto laman sosial Instagramnya yang mendakwa dia digilai ramai perempuan hanyalah gurauan semata-mata.

Hubungan dia dan isteri kini berada dalam keadaan baik.

Ini komennya:

“Mana ada dia marah, dia ada kat sebelah saya ni. Apa yang dia tulis di laman sosial tu melawak sahaja tiada kaitan pun dengan hal rumah tangga.”

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 32, dan Nor Farhanan disatukan sebagai suami isteri pada 18 Mac 2016 di Kluang, Johor.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon