Monday, 25 September 2017

Ini Kedai Dobi Hanya Untuk Pelanggan² Islam Saja...

Tags



Beberapa hari lalu, heboh di media sosial tentang sebuah kedai dobi layan diri yang menyatakan bahawa mereka hanya akan melayani pelanggan-pelanggan yang beragama Islam sahaja.


Kenyataan tersebut telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia termasuk orang Islam sendiri menjadi marah dan topik ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen apabila papan tanda yang menyatakan kedai dobi tersebut hanya menerima pelanggan Islam sahaja untuk menggunakan mesin basuh layan diri itu.

Menurut laman Sin Chew, papan tanda yang dipaparkan itu selain penerimaan pelanggan Islam turut kelihatan kenyataan yang meminta semua pelanggan membuka kasut terlebih dahulu sebelum memasuki ke premis tersebut yang menjelaskan bahawa mereka mementingkan kebersihan dan juga kesucian.

Kedai dobi tersebut dipercayai terletak di daerah Muar, Johor dan telah beroperasi kira-kira setahun lalu. Walau bagaimanapun, papan tanda tersebut dikatakan baru sahaja diletakkan kira-kira sebulan lalu.

Ekoran kenyataan dan papan tanda tersebut jadi tular, rata-rata netizen dilihat telah mengutuk dan mengecam akan tindakan pemilik kedai dobi berkenaan selain menyifatkan kedai tersebut mencipta dikriminasi antara agama lain dan juga tidak memupuk perpaduan seperti yang disarankan oleh kerajaan Malaysia.


Segelintir netizen pula berkata bahawa, motif kedai tersebut berbuat demikian kerana untuk menjaga kebersihan bagi orang Islam kerana orang yang bukan Islam datang ke premis tersebut untuk membersihkan pakaian mereka yang mungkin tercemar dengan perkara halal dan haram seperti anjing dan sebagainya.

Sementara itu, Mufti Negeri Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata melalui Harian Metro, isu berkenaan tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan bukan Muslim memandangkan perkara berkaitan kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam.

Mengenai reaksi perkara itu katanya, jika ada ia sangat baik kerana ketika ini terdapat umat Islam yang ragu-ragu untuk menggunakan khidmat dobi layan diri.

“Saya belum tahu (melihat tular), kalau betul (wujud) cantik, sebab ada dalam kalangan kita ragu-ragu, tapi benda itu tidak mengapa.

“Tetapi kalau ada lebih cantik supaya tidak ada ragu-ragu dari segi kebersihan dan kesucian dan ia banyak menolong kita,” katanya.


Ditanya mengenai konsep dobi dan Islam katanya, syarat perlu diberi keutamaan adalah terhindar daripada najis berat atau mughallazah.

“Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur.

“Jadi bila benda itu dipisahkan sangat bagus dan mudah-mudahan ia berjaya dan tidak jadi sesuatu yang iri hati kepada pihak lain,” katanya.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon