Thursday, 21 September 2017

Setiap Hujung Minggu Ajak DATING, Suruh Masuk Meminang Taknak. Bila Nak Bawa Jumpa Keluarga Terus Menggelupur Sawan Babi.

Tags




Lelaki Tidak Serius.

"Awak, awak serius ke nak kahwin dengan saya?"

"Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak de nak buat macam mana?"

***
Akan ada lelaki yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan sekadar suka-suka dan mengisi kesepian di hati. Tengok semua kawan-kawan dia ada makwe, dia pun nak ada sama.

Dah tiga tahun bercinta pun masih tak serius lagi menuju ke alam rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap "ada jodoh, kahwin la kita".

Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia keluar dating boleh lagi cakap macam tu?

Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple.

Dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak minta putus. Bagi alasan "awak terlalu baik untuk saya la", "saya tak sempurna", "saya tak bersedia jadi suami la". Macam bangang.

Kesian lah duk buang duit, buang masa, buat dosa kalau tidak bercita-cita nak kahwin dalam masa terdekat kan. Kalau muda lagi takpe la, ini nak masuk umur 30 tahun pun kata tak bersedia lagi. Tak cukup simpanan wang lagi. Kesian la ke makwe kau. Jika dia duk tunggu kau bersedia, alih-alih kau tak jadi kahwin dengan dia macam mana?

Sekurang-kurangnya masuk meminang dulu. Biarlah ada ikatan. Usaha ke arah perkahwinan itu kena ada. Ini tiap minggu ajak keluar, makwe kau suruh masuk meminang taknak. Suruh datang jumpa keluarga terus menggelupur sawan babi pula. Kakakaka.

Kau usaha la. Perempuan ni tak kisah pun nak kumpul duit hantaran sama-sama. Masa bercinta kemain caring. Dah dapat terus dingin dan langsung tak merancang untuk berkahwin.


Lain lah kalau putus cinta sebab bukan jodoh. Kau jangan sengaja nak main-mainkan hati dan perasaan orang. Jangan sampai makwe kau dah fed up dengan kau, cari calon lain. Masa tu mula la kau merayu nak dia balik.

Kalau tak serius lepas tu tak sempat simpan duit belanja kahwin. Akhirnya pinjam bank RM20K. Lepas tu? Kau fikirlah sendiri.

Perancangan kena ada. Kahwin mudah, tapi janganlah kau ambil mudah. Lepas kahwin kena rancang juga. Kena fikir juga perancangan keluarga kau.

Kalau kau dah berkenan dengan seseorang tu atau dah lama bercinta cepat-cepatlah berkahwin. Jangan buang masa dengan bercinta tapi akhirnya tidak ke mana.

Sekurang-kurangnya bila kau dah mula menjalinkan hubungan dengan seseorang tu, biarlah ada niat untuk berkahwin bukannya sekadar suka-suka. Kalau saja nak suka-suka baik tak payah. Faham?

Lelaki yang bakal jadi ketua keluarga. Kau lah patut berusaha ke arah menjadikan perempuan yang kau suka jadi yang halal. Jangan teruskan bagi harapan palsu. Jangan teruskan menabur janji manis. Jangan terus membiarkan makwe kau menanti dan terus menanti.

Yang tengah berci nta tu, gua doakan urusan perkahwinan korang dipermudahkan. Allah pasti akan mempermudahkan urusan yang baik. Buatlah majlis setakat yang mampu.

Jangan sebab nak majlis kahwin yang grand, kau tangguhkan perkahwinan. Rugi bercinta lama-lama.

Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang perlu kau buat lepas ni. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Baru padan muka kau. Kah kah kah!

Credit: Amir Shahir via NakBebel

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon