Sudahlah ditempatkan di sekolah Henry Gurney mungkin bertahun lamanya, berjauhan dengan keluarga dan paling menyedihkan beberapa surat yang dikirimkan tidak dibalas.
Rupanya alamat yang ditulis tidak lengkap menyebabkan posmen gagal menghantar surat kepada ibunya. Sayu je bila baca kandungan surat tersebut, “Kenapa hari-hari adik hantar surat, mak tak balas pun?”
Mak ada masalah ke?
Assalamualaikum, kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Amin..
Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah.
Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin.
Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak?
Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini.
Mak jangan lupa pos gambar
Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik.
Mak, abah macam mana? Adik rindu sangat pada abah. Abah rindu tak pada adik? Entah-entah abah tak ingat siapa dah adik ini kan?
Mak, adik minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik harap abah maafkan adik. Mak, Kak Ida macam mana? Adik rindu sangat pada dia. Kirim salam pada Kak Ida tau.
Adik Husna pula macam mana? Sihat tak? Bahagia tentulah bahagia kan?
Mak, sampai sini saja yang adik dapat tulis untuk mak. Lain kali adik tulis surat lagi. Mak jangan lupa pos gambar dan hantar surat pada adik tau. Adik tunggu tau.
Mak, kirim salam pada semua. Terimalah peluk cium dari adik. I love you family… - Adik
Nota Kaki: 9 bulan lagi….
Sumber: Atien Farhana via Ohbulan
EmoticonEmoticon