Friday, 20 October 2017

Bangun Dari Tidur, Isteri Dah Tergantung Depan Mata.

Tags



KUCHING: Luluh berkecai hati seorang suami sebaik bangkit tidur, apabila mendapati isteri kesayangan terjerut longlai di tali buaian, dipercayai mengga#ntung diri.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Kudei Baru di sini.

“Menurut suami mangsa, sejam sebelum itu, iaitu sekitar jam 5.35 pagi, dia telah sampai ke rumah dari tempat kerjanya dan mendapati isteri dan anak-anaknya sedang tidur nyenyak di dalam bilik tidur mereka.

“Dalam keadaan keletihan, si suami pun terlelap di bilik yang sama sebelum tersedar sekitar jam 6.30 pagi, apabila terdengar tangisan anak sulungnya.

“Dia kemudian mendapati mangsa telah tergantung pada tali buaian di dalam bilik tidur mereka.

Kata Abang Ahmad, suami mangsa kemudian menurunkan isteri dan cuba menyelamatkannya namun tiada tindak balas.

“Dengan menaiki kereta sendiri, suami mangsa berkejar ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak namun pihak hospital mengesahkan mangsa telah tidak bernyawa.

Pihak polis kata Abang Ahmad, kemudian dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Siasatan awal gagal menemui sebarang unsur jenayah manakala pemeriksaan fizikal pada mayat, menemui kesan kecederaan pada bahagian leher.

“Justeru itu, ketika ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Zamaliah Karim, 22 tahun,” katanya lagi.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon