Sunday, 1 October 2017

Datuk Nassier Wahab Tampil Beri Kenyataan Dakwaan Penipuan Syarikat Perumahan Boy Iman.

Tags



Datuk Nassier Wahab merupakan duta syarikat perumahan DBI technology milik Dato Boy Iman.


DBI Technology menjadi viral kerana dakwaan cuba menipu dengan menggunakan skim penjualan rumah dengan harga yang amat murah.

Nassier Wahab yang semakin popular apabila menyertai Gegar Vaganza berkata dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika benar terdapat penipuan dalam syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman.

Pembabitannya dalam DBI Technology hanyalah sebagai duta dan ingin membantu masyarakat mendapatkan manfaat daripada projek pembinaan rumah dengan harga murah.

Ini komen Nassier Wahab: 

"Niat saya menerima tawaran menjadi duta adalah untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah dengan harga murah seperti yang ditawarkan DBI.

"Jika benar ada penipuan dalam hal ini, saya tidak akan membiarkan ia berlaku. Itu janji saya!"

Terdahulu, syarikat DBI Technology didakwa melakukan penipuan jualan rumah dengan harga murah.

Nassier Wahab yang merupakan duta syarikat tersebut turut menerima kecaman kononnya melakukan komplot dalam penipuan itu.

Ada suara sumbang yang menganggap dia menjadi 'kambing hitam' dalam syarikat tersebut dan ini menyebabkan Nassier Wahab terkilan.

Kata Nassier, dia menerima tawaran menjadi duta syarikat itu bukan kerana wang.

Ini penjelasan Nassier Wahab: 

"Saya dah diterangkan mengenai operasi perniagaan sebelum menerima tawaran menjadi duta perumahan itu.

"Malah, saya terima tawaran tersebut kerana sudah menganggap Boy Iman seperti adik saya sendiri, jadi tidak salah saya membantu.

"Kalau saya hanya fikir duit, rasanya tak perlu jadi duta DBI pun saya mampu dapat pendapatan sebanyak itu dengan persembahan nyanyian sahaja," 

"Semasa kecoh tentang isu ini saya sedang mengerjakan haji dan tidak mengetahui secara lengkap apa yang berlaku.

"Saya baru pulang dari tanah suci pada Sabtu lepas, jadi lebih baik jika saya bertemu dengan Boy terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat sebenar.

"Cumanya, semasa mengerjakan ibadah haji, Boy ada mesej meminta saya mendoakan kesejahteraan syarikat dan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik." 

Nassier Wahab akan berjumpa dengan Boy Iman tentang dakwaan penipuan ini.

Dato Boy Iman mula mencuri perhatian apabila PPIM mula campur tangan menyiasat kes penipuan jualan rumah murah.

Sumber: Dari Kau Saja Bah Itu

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon