Viral di media sosial mengenai kes murid tahun 4 yang bersembunyi di dalam rekahan parit di SK Semerah Padi.
Menurut maklumat yang diperolehi, Pasukan Alfa dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membantu untuk memujuk kanak kanak terbabit.
Misi yang diketuai oleh Muhd Mirza Dzalmira Miraj (Ketua Balai), dibantu oleh PBKII Kamri bin Bujang (Penyelia Pasukan) telah menjalankan operasi memujuk dan mengeluarkan murid tersebut.
Mangsa berjaya dikeluarkan lebih kurang sejam kemudiannya dengan bantuan orang awam. Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diiperiksa (mengalami kekejangan otot kerana kesejukan) oleh Pasukan Medic (EMRS) bomba dan dibawa ke HUS dengan menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.
Pasukan bomba menghadapi kesukaran kerana saiz lubang rekahan yang agak kecil disamping khuatir akan serangga berbisa di dalam lubang tersebut.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian penduduk sekitar di mana rata-rata mereka yang lalu di kawasan berdekatan turut berhenti menyaksikan proses mengeluarkan murid itu.
EmoticonEmoticon