Tidak menyambung perjanjian pajakan premis yang telah tamat, menjadi punca 5 cawangan pasaraya Giant akan ditutup serentak pada 5 November ini.
Menurut satu kenyataan Pemilik Giant, GCH Retail Malaysia kepada The Malaysian Insight semalam berkata, pihaknya memutuskan untuk menamatkan operasi di Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan di premis itu.
Ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung, jurucakap syarikat terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Jurucakap terbabit juga enggan mengulas berhubung nasib pekerja di lima premis terbabit.
Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi sedikit penangguhan jualan pada suku kedua tahun ini, berbanding dengan tiga bulan pertama tahun 2017.
Jualan runcit berkembang pada 4.9% dari April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2% tahun ke tahun.
Bagaimanapun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara dan dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya, dan menambah kelemahan dijangkan berterusan sepajang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Subsektor pasar raya dan hipermarket melaporkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam kadar pertumbuhan 4.8% pada suku pertama tahun 2017, yang paling teruk di kalangan subsektor runcit.
Persatuan Peruncit Malaysia berkata, pengendali pasaraya dan supermarket dijangka akan mengalami penurunan jualan 2.5% pada suku ketiga tahun ini.
Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenal 2015 menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi.
Baca berita selanjutnya di The Malaysian Insight.
EmoticonEmoticon