Sebelum ini, pelakon cantik, Rita Rudaini mula menceburi bidang perniagaan makanan dengan membuka restoran, Rumah Kueh yang menjual kuih tradisional yang sukar didapati di bandar Kuala Lumpur.
Malangnya, restoran itu terpaksa ditutup selepas setahun ia beroperasi ekoran jadualnya yang sibuk hingga sukar memberikan fokus untuk perniagaannya.
Menurut sebuah sumber, Rumah Kueh terpaksa menamatkan operasi pada bulan Ramadan lalu selepas setahun beroperasi kerana kesibukan pelakon itu sehingga jarang dapat meluangkan waktu menjenguk restoran sendiri.
Malah, disebabkan dia juga susah untuk mempercayai orang lain selain keluarga, Rita mengambil keputusan untuk menutup restoran tersebut.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu berkata restoran itu ditutup bukan disebabkan tidak laku tetapi ada masalah-masalah yang tertentu.
Menurut Rita, dia mengakui terkilan dengan apa yang diusahakannya terpaksa ditutup. Namun, katanya setiap bisnes akan merasai pahit manisnya.
Rita juga mengambil pengalaman ini sebagai ilmu dan pengalaman yang berguna untuk masa hadapan kelak.
Ini juga tidak melemahkan semangat Rita untuk terus mengembangkan perniagaannya selepas ini.
Selain itu, Rita juga mempunyai bisnes lain iaitu kosmetik yang diusahakan bersama keluarganya, jadi tidaklah merasa ralat dengan penutupan Rumah Kueh itu.
Pelakon drama Misi Laksa dan Laksam ini juga berkata merencana untuk membuka kembali Rumah Kueh di lokasi yang lain tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat.
EmoticonEmoticon