Undangan pernikahan seorang lelaki di Palembang bakal berkahwin dengan dua wanita sekali gus bulan depan, menggempar Indonesia dan tular di media sosial yang turut menyertakan kad undangan perkahwinan mereka.
Kad undangan majlis perkahwinan Cindra dengan dua wanita yang tular di media sosial Indonesia dan Indah (kanan) bersama Perawati (kiri) memegang gambar praperkahwinan mereka. - Foto Twitter/detik.com
Cindra dari Kecamatan Sekayu, Muba, akan berkahwin dengan Indah Lestari pada 5 November ini dan dengan Perawati tiga hari kemudian. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada 9 November.
Detik.com melaporkan Ketua Kampung Teluk Kijing di Las, Panser, berkata pengantin lelaki berasal dari kampung itu dan dia sendiri yang menyediakan borang pernikahan mereka.
“Iya benar, ada lelaki di kampung ini akan berkahwin dengan dua wanita.
“Seorang wanita itu ialah Indah juga penduduk kampung ini dan saya yang menyediakan dokumen pernikahan mereka,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa dan Indah sendiri datang ke pejabatnya bagi menguruskan pernikahan itu.
“Saya bertanya Indah adakah dia yakin dan sedia untuk bermadu dan gadis itu menjawab dia sangat mencintai Cindra.
“Bagi saya tiada yang pelik dengan pernikahan mereka ini yang kami gelar belum bernikah sudah dimadu,” jelasnya.
Tribun News melaporkan, bapa saudara Cindra, Rustam, berkata mereka tidak tahu Cindra ada hubungan dengan Indah dan Perawati sehinggalah kedua-dua wanita itu datang memberitahu ingin berkahwin dengan Cindra.
“Kami tidak tahu Cindra ada dua kekasih, kerana dia pendiam dan tidak bercerita ada pacar bahkan sampai dua,” kata Rustam.
Cindra, anak ketiga daripada lima beradik itu berkerja dengan PT Petronesia Benimal di Bayung Lencir atau Jambi.
Menurut Rustam, Indah yang pertama datang ke rumah Cindra bertemu ibu bapanya memberitahu mahu berkahwin dengan Cindra dan 15 hari kemudian, Perawati pula datang menyatakan hasrat yang sama.
“Namun undang-undang tidak membenarkan pernikahan sekali gus menyebabkan Indah diputuskan menjadi isteri pertama dan Perawati isteri kedua,” katanya.
Menurut Detik.com, kedua-dua wanita itu kini wajib tinggal di rumah keluarga Cindra sehingga akad nikah dengan Indah dijemput keluarga Cindra Rabu lalu, manakala Perawati tiba hari ini. Kedua-dua wanita itu terlihat akrab seperti sudah lama kenal.
Indah yang lebih muda agak malu untuk menceritakan kisahnya dengan Cindra sehingga rela dimadu selain dia baru mengenali Cindra beberapa bulan lalu.
“Saya terlebih dahulu kenal Kak Cindra daripada Indah. Indah bulan Ogos, saya sejak 2016,” kata Perawati. - Agensi
EmoticonEmoticon