Friday, 17 November 2017

BERSATU Langgar Perlembagaan Sendiri Macam UMNO.

Tags




PUTRAJAYA: Parti BERSATU didapati melanggar perlembagaan yang dibuatnya sendiri, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu disahkan melalui kandungan perlembagaan BERSATU di mana istilah 'Armada' tidak wujud dan yang ada hanya Pemuda.

"Perkara ini hanya diketahui selepas menerima aduan daripada ahli Exco 'Armada' yang dipecat oleh Syed Saddiq Abdul Rahman dengan mengemukakan aduan beserta laporan polis.

"Setelah menyemak kandungan parti, adalah menjadi kesalahan serius di mana ia boleh membawa kepada tindakan pucuk pimpinan parti termasuk pembatalan parti.

"Tidak hanya itu, malah dalam perlembagaan mereka juga akan mengadakan Perhimpunan Agung dalam masa setahun penubuhan, namun ia belum dipatuhi" katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Surayati berkata, seharusnya pucuk pimpinan dan parti itu sendiri tahu mengenai perkara itu.

"Fasal 28 mengenai pindaan ke atas BERSATU perlu dipersetujui tidak kurang dua per tiga perwakilan yang hadir dslam perhimpunan agung khas.

"Ini pernah terjadi pada Umno pada tahun 1988 apabila parti itu diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti Akta Pertubuhan," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, tiada sebarang mesyuarat agung tahunan (EGM) yang dilapor kepada ROS.

"Kenyataan media Setiausaha Agung BERSATU mengenai mesyuarat itu sudah dilakukan pada 2 November 2016, hakikatnya itu Majilis Pimpinan Tertinggi, bukan EGM.

"Kami meneliti 'minit mesyuarat agung khas BERSATU 2016' dan mendapati hanya 12 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti yang hadir," katanya.

Menurutnya, tiada EGM juga merupakan kesalahan serius dilakukan BERSATU.

"Ia melanggar perlembagaan parti sendiri dan boleh menyebabkan pembatalan parti itu sendiri. Kami berharap, perkara ini difahami tentang kepimpinan sesebuah pertubuhan," katanya.

Dalam pada itu, Surayati berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memanipulasi isu tersebut dan menyerang ROS.

"Sebelum buat tohmahan, baca dulu perlembagaan rasmi BERSATU yang didaftarkan dengan ROS," katanya.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon