KUALA LUMPUR: "Jangan 'double standard'. Kita pun nak tahu dari mana datangnya kekayaan ini," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel akhbar mengenai gaya hidup anak perempuan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna.
"Saya dah tanya Dr Mahathir banyak kali dah bagaimana anak-anak dia boleh kaya. Kalau dah jadi 'public figure' maka orang berhak untuk tahulah dari mana datangnya kekayaan itu.
"Jadi, jangan berpura-puralah kalau nak tunjuk perjuangkan orang yang susah atau apa," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2017, di Parlimen, hari ini.
Menurutnya, tidak ada salahnya mendedahkan kemewahan diri.
Katanya, malah dalam Islam juga menggalakkan umatnya mencari kekayaan asalkan ia datang dari sumber yang halal.
Mohamed Nazri turut menempelak kenyataan Mukhriz yang mengatakan etika kewartawanan jatuh ke tahap paling rendah apabila pandangan peribadi seseorang dijadikan berita.
"Kalau media bukan mainstream boleh? Dedahkan kemewahan pegawai kerajaan, menteri-menteri boleh? Kalau bukan mainstream boleh?," katanya lagi. - Sinar Harian
Loading...
EmoticonEmoticon