KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PAS yang menyertai Pakatan Harapan sebenarnya berna#fsu untuk menyertai Barisan Nasional (BN) selama ini, tetapi malangnya BN tiada selera untuk menerima mereka.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, disebabkan itu bekas pemimpin PAS terbabit menyertai parti pembangkang lain dan mendakwa PAS yang mahu menyertai BN selepas ‘perniagaan politik’ mereka tidak laris.
“Mereka gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat berna#fsu menyertainya dengan cara menggunakan PAS menjadi tangganya. BN pula tidak ada selera untuk menerima mereka.
“Setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan PAS yang pelahap mahu menyertai BN, bukan mereka. Sebenarnya `perniagaan politik’ mereka tidak laris kerana ditolak BN, ditolak PAS dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam PRU akan datang, InsyaAllah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi berkata, PAS juga kini dianggap sebagai penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya, maka PAS menjadi sasaran serangan lisan dan tulisan di media sosial yang mudah dipergunakan oleh ramai tentera upahannya.
Beliau dalam pada itu berkata, kini wujud sindiran baharu oleh golongan Islam Liberal untuk memerli dan mengejek ketegasan mereka yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.
Menurut beliau, golongan itu mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihan raya.
“Apabila peluru fitnah PAS mendapat duit Perdana Menteri sebanyak RM90 juta yang mereka anggap boleh menembusi pengaruh PAS, kini mereka menggunakan bahasa yang zahirnya pujian, tetapi hakikatnya perlian.
“Mungkin mereka itu terpengaruh dengan konsep para sami yang menentukan kesucian kepada manusia. Konsep yang asing daripada Islam,” katanya.
Abdul Hadi seterusnya mengingatkan golongan awal menyertai PAS lebih yakin dengan baiah apabila melihat sendiri nasib mereka yang melanggar baiah dan sumpah menjadi calon dan pemimpin telah menerima akibat di dunia.
“Adapun akibatnya di akhirat terserah kepada Allah yang menentukannya,” katanya.
EmoticonEmoticon