KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), dengan bayaran dividen 7 sen seunit, bonus 0.25 sen seunit dan bonus khas 1 sen seunit ke atas baki sehingga 10,000 unit sempena Ulang Tahun ke-40nya pada Mac 2018.
Agihan pendapatan itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Menurut Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar pada taklimat media mengenai maklumat terkini suku tahun keempat PNB 2017, di sini hari ini.
"Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus, akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Jan 2018, manakala bonus ulang tahun istimewa akan dikreditkan pada 1 Mac 2018." -BERNAMA
EmoticonEmoticon