Pada Rabu lepas tanahair digemparkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak yang berusia lapan tahun yang dipercayai mati kerana ditembak dengan menggunakan senapang patah.
Pada awalnya ia dilaporkan senapang patah itu terjatuh dari atas ke bawah dan tertembak mangsa yang sedang menonton tv.
Berikut adalah kronologi seperti yang dilaporkan:
1. Kanak-kanak perempuan itu bernama Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin. Anak sulung dari empat beradik. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus, Wang Tepus di Jitra.
2. Lokasi kejadian di rumah datuknya di Kampung Empa, Pokok Sena. Mangsa dikatakan memang tinggal disitu bersama datuk dan neneknya selepas ibu dan bapanya berpisah sejak tiga tahun lepas.
3. Pada awalnya mangsa dikatakan sedang berbaring sambil menonton televisyen berseorangan di ruang tamu rumah datuknya, kira-kira jam 11 pagi.
4. Berdasarkan maklumat awal, senapang patah milik moyang mangsa yang disandarkan pada dinding, dikatakan terjatuh dan tertembak yang mengenai mangsa di bahagian kiri pipi mangsa dan menyebabkan ia maut di tempat kejadian.
5. Senapang itu dikatakan untuk kegunaan memburu. Moyang mangsa berusia 80 tahun. Senapang patah itu juga mempunyai lesen yang masih dalam tempoh sah sehingga Jun 2018.
6. Bagaimanapun selepas penyiasatan dibuat polis telah membuka kes siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yakni membunuh.
7. Yang bermakna mangsa dimati bukan kerana tertembak dengan senapang patah yang terjatuh sebaliknya kerana ditembak oleh seseorang - dalam erti kata lain mangsa dibunuh.
8. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin berkata berdasarkan rakaman percakapan sepupu mangsa yang berusia enam tahun, polis mendapat maklumat yang mangsa sebenarnya ditembak oleh sepupunya yang berusia 15 tahun.
9. “Berdasarkan rakaman percakapan seorang daripada penghuni rumah berkenaan yang juga sepupu mangsa berusia enam tahun, dia memberitahu bahawa sebenarnya abangnya yang berusia 15 tahun itu yang menembak mangsa menggunakan senapang patah yang dibawa oleh datuk mangsa untuk aktiviti menembak tupai.
“Remaja berkenaan serta datuk mangsa yang berusia 60 tahun itu ditahan manakala senapang patah dan lesen senjata api yang digunakan dalam kejadian itu pula dirampas,” kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner dalam satu sidang media.
10. Seorang remaja berusia 15 tahun yang juga sepupu kepada mangsa dan datuk mangsa yang berusia 60 tahun ditahan oleh pihak polis.
BACA INI JUGA:
Loading...
EmoticonEmoticon