Berhajat untuk menunaikan umrah tahun hadapan? Berikut beberapa maklumat penting sebelum anda mengambil mana-mana pakej umrah 2018 dari agensi pengelola umrah yang ada di Malaysia.
Untuk makluman, terdapat banyak kes penipuan pakej umrah. Sejak 2012 hingga Oktober tahun lepas, dianggarkan jumlah kerugian yang dihadapi oleh mangsa penipuan pakej umrah di Malaysia mencecah RM21 juta membabitkan 3,482 kes.
Yang menyedihkan kes penipuan ini berleluasa dan melibatkan golongan kurang berkemampuan.
Kerajaan telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah sebanyak RM4,900 dan mana-mana harga yang lebih rendah daripada itu adalah meragukan dan tidak boleh dipercayai.
Berhati-hatilah dalam pembelian pakej umrah dan kalau ditawarkan bawah harga lantai RM4.900, sebaiknya siasat dahulu. Kalau rasa ragu-ragu pilihlah syarikat dan agensi yang telah terbukti berwibawa dalam urusan berkaitan umrah ini agar urusan berkaitan visa juga berjalan lancar.
Semak Status Agensi Pengelola Umrah Di i-Umrah
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) menasihatkan umat Islam menyemak maklumat status agensi pengelola umrah melalui portal i-Umrah jabatan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Semakan status agensi pengelola umrah ini boleh dibuat di portal i-Umrah.
i-Umrah ialah sebuah portal yang dibangunkan khas bagi menyalurkan maklumat mengenai agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan dan panduan kepada bakal-bakal jemaah umrah negara ini. Secara dasarnya, portal ini menyediakan maklumat-maklumat seperti berikut:
Berikut antara tips yang dikongsikan untuk pemilihan pakej umrah 2018 yang ditawarkan mana-mana agensi pengelola umrah di Malaysia. Antaranya:
Berikut sedutan klip video tentang penipuan pakej umrah yang berleluasa di Malaysia. Diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi.
Sumber

- Senarai agensi pengelola umrah yang sah bagi menguruskan perjalanan jemaah umrah Malaysia; dan
- Butiran mengenai syarikat pengelola umrah seperti nama syarikat, nombor telefon dan faks.
Berikut antara tips yang dikongsikan untuk pemilihan pakej umrah 2018 yang ditawarkan mana-mana agensi pengelola umrah di Malaysia. Antaranya:
- Memilih pengelola umrah yang diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) seperti di senarai.
- Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih.
- Menyelidik latar belakang agensi; lesen dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah.
- Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.
- Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi.
- Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.
- Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan.
- Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan lain yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
- Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah.
- Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.
Berikut sedutan klip video tentang penipuan pakej umrah yang berleluasa di Malaysia. Diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi.
Sumber
EmoticonEmoticon