Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan amat kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto: Kuala Lumpur Post
KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan pingat yang diterima kepada Sultan Selangor dilihat sebagai langkah awal sebelum ia ditarik.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Kamaruddin Mohd Nor yang mengesahkan perkara tersebut berkata tindakan itu dibuat.
"Kita sudah boleh jangka sebab keputusan yang diambil Dr Mahathir apabila Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda tempoh hari.
"Mungkin Tun Mahathir fikirkan dan pertimbang bahawa beliau tidak perlu simpan darjah kebesaran tersebut sebab tidak mungkin orang yang murka memberi apa-apa pingat kepada individu yang dimurkakan.
"Sebelum Sultan Selangor minta untuk pulangkan (pingat), lebih baik pulangkan lebih awal," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kamaruddin berkata, beliau difahamkan Pengerusi PPBM itu dan isterinya memulangkan pingat tersebut pada Khamis lalu.
Pada awal November lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.
Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Dr Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.
Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Oktober 2003.
Sumber
EmoticonEmoticon