MASA hanya sekadar ilusi. Kelewatan 10 minit yang tidak dijangka menyebabkan penerbangan yang berlepas pada 2018 telah mendarat pada 2017.
Hawaiian Airlines HAL446 yang sepatutnya berlepas dari Auckland, New Zealand pada pukul 11.55 malam (waktu tempatan).
Bagaimanapun, kelewatan kira-kira 10 minit telah mengakibatkan ia berlepas pada pukul 12.05 tengah malam pada 1 Januari 2018.
Pesawat itu dalam perjalanan ke Honolulu dengan perbezaan masanya 23 jam di belakang Auckland.
Disebabkan itu juga, ia hanya tiba ke destinasi pada pukul 10.16 pagi, 31 Disember 2017.
Situasi yang dilalui pesawat ini dimaklumkan menerusi Twitter wartawan pengankutan ABC7, Sam Sweeney dan ia ternyata menarik perhatian ramai. -Metro.uk/mStar
EmoticonEmoticon