Wednesday, 17 January 2018

Beza Anugerah Gelaran Datuk Dan Dato'.




Di Malaysia terdapat banyak gelaran seperti Dato', Datuk, Dato' Seri, Datuk Seri, Tan Sri dan Tun yang dikurniakan kepada seseorang yang telah berjasa dan berbakti kepada negara. Sebenarnya gelaran Datuk dan Dato' mempunyai perbezaan walaupun bunyinya agak sama dan ejaannya juga tidak sama.

Tahukah anda apakah perbezaan antara gelaran Datuk dan Dato'? Untuk pengetahuan semua berikut adalah sedikit penerangan mengenai perbezaan antara gelaran Datuk dan Dato'.

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak dan Sabah.

Dato'

Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon