Bank Negara telah melancarkan sebuah portal khas bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak laporan ‘Central Credit Reference Information System’ (CCRIS) dengan mudah.
Dinamakan sebagai eCCRIS, portal ini dibangunkan sebagai inisiatif bank negara untuk menjimatkan masa pengguna dalam memberikan laporan kewangan seseorang individu sepanjang 12 bulan terakhir. Antara fungsi lain yang ditawarkan anda jumlah hutang yang berbaki serta sejarah pinjaman yang pernah dibuat.
Buat anda yang berminat, Bank Negara turut mengeluarkan panduan khusus pengguna yang pertama kali ingin mendaftar sebagai pengguna ECCRIS.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar dan seterusnya bagi mendapatkan laporan CCRIS anda.
1. Lawati mana-mana pejabat Bank Negara Malaysia atau Agensi dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membuat pendaftaran.
2. Daftarkan diri anda menggunakan MyKad diikuti dengan nombor telefon pada kiosk CCRIS yang tersedia.
3. Sekiranya semuanya berjaya, anda akan diberikan nombor pin 6-digit yang akan dihantar ke nombor telefon anda.
4. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor pin yang diterima serta nombor MyKad pada laman web ECCRIS.
5. Selesai pendaftaran buat kali pertama dibuat, anda berpeluang untuk menyemak laporan CCRIS anda dengan mudah.
Sangat mudah dan ringkas. Kami harap anda dapat berkongsi perkongsian ini kepada rakan-rakan anda. Buat anak muda yang bercita-cita untuk mendapatkan rumah pertama, pastikan anda mempunyai laporan CCRIS yang baik sebelum membuat permohonan pembiayaan daripada bank.
Sumber
EmoticonEmoticon