Astro bakal melancarkan satu program pencarian bakat baru yang bergenrekan Komedi yang diberi nama Gegar Lawak. Gegar Lawak tampil dengan membawakan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia. Program ini menampilkan peserta solo, duo dan trio. Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, percaya program ini mampu melahirkan bakat baru yang boleh menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak di Malaysia.
Seramai 14 orang peserta yang bakal berentap di Gegar Lawak untuk mendapatkan gelaran Juara. Seramai 2 orang peserta wanita yang bakal berentap juga bersama peserta-peserta lelaki yang lain. Antaranya ialah:
Peserta Solo
1. Mohamad Hezrie Salim
2. Ayim
3. Padil
4. Abe
5. Rizal (Indonesia)
6. Bayu (Indonesia)
7. Tasha
8. Nik Nur Amira Syahira
Peserta Duo
1. Testoq
2. 2B
3. Candy
4. Sogeh
Peserta Trio
1. Kiut
2. Abata
Program ini akan dihoskan oleh dua orang iaitu Kamal Adli dan Fad Bocey. Manakala pelawak Tauke, Nizam Jentik-Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan untuk menjadi penasihat yang akan membimbing dan membantu para peserta. Persembahan para peserta akan diadili oleh Juri Profesional yang mewakili sebanyak 70% markah manakala 30% pula undian penonton. Pelawak Douglas Lim akan menjadi Juri Tetap dalam program ini.
HADIAH YANG BAKAL DIBAWA PULANG
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000, Naib Juara bakal membawa pulang RM 25,000, Ketiga bakal membawa pulang RM 15,000 manakala Keempat akan membawa sebanyak RM 10,000 dan Kelima akan membawa pulang sebanyak RM 5,000.
Program ini bakal bersiaran bermula tanggal 19 Januari 2018 (Jumaat) jam 10.00 Malam di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124). Jangan lupa saksikan lawak-lawak yang bakal menghiburkan setiap Jumaat anda.
Loading...
EmoticonEmoticon