Perhatian kepada para calon yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti pada tahun 2018, benda pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membeli No Pin UPU atau Nombor Unik ID UPU sebagai perkara wajib untuk mendaftarkan diri anda ke institusi yang dipilih bagi permohonan UPU sesi kemasukan 2018/ 2019. Pembelian No Pin UPU tersebut boleh didapati di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.
Pembelian Pin UPU amat penting untuk para pelajar sebagai syarat dalam pendaftaran UPU. Tanpa nombor ID ini, pendaftaran anda akan menjadi sukar dan permohonan UPU anda boleh ditolak.
Untuk tahun 2018 ini, harga bagi Nombor Unik ID UPU telah dikemas kini dan telah berubah. Harga pembelian terkini adalah berjumlah RM 15.60 (tanpa GST dikenakan) dan ini merupakan berita baik kepada semua para pemohon pada tahun ini.
Tarikh Pembelian No Pin UPU 2018 Bank Simpanan Nasional
Pembelian Nombor Pin UPU untuk permohonan UPU tahun 2018 boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia. Berikut merupakan tarikh mula pembelian Nombor Unik ID dan tarikh tutup pembelian Nombor Unik ID. Para pemohon dinasihatkan agar peka dengan haribulan ini agar tidak terlepas dari peluang untuk memohon kemasukan ke institusi pilihan masing-masing.
- Tarikh mula pembelian Pin UPU - 5 Februari 2018
- Tarikh tutup pembelian Pin UPU - 9 April 2018
- Datang ke kaunter BSN mengenai pembelian No Pin UPU.
- Sekiranya pemohon atau ibu bapa mempunyai Akaun GIRO BSN, pembelian boleh dilakukan melalui mesin ATM.
- Melalui perbankan internet (secara online).
Untuk pengetahuan anda, pembelian No Pin UPU adalah berdasarkan kepada pemohon masing-masing, iaitu:
- Nama penuh (seperti dalam kad pengenalan)
- Nombor kad pengenalan / MyKad pemohon
Sumber
EmoticonEmoticon