Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 dan kini (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1.1.2014 (berumur 4 tahun pada 1.1.2018) anda wajib mendaftarkan anak-anak ke tahun satu bagi mengelak keciciran.
Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secara online menerusi applikasi permohonan dibawah. Manakala Sabah, Sarawak dan Labuan, ibubapa atau penjaga wajib mengemukakan permohonan secara manual dengan menghadirkan diri secara “walk in” di sekolah yang berhampiran untuk dapatkan borang.
Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talian mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018.
Pengumuman Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019 / 2020
Sistem pendaftaran online ini hanya terbuka khusus kepada murid tahun 1 yang akan bersekolah di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala Sabah Sarawak dan Labuan wajib pergi ke sekolah untuk sesi pendaftaran dan dapatkan borang.
Cara Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Sesi 2019 / 2020
1. Perdaftaran online terbuka kepada penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
2. Sila layari https://public.moe.gov.my mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018.
3. Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen seperti berikut:
Dokumen yang diperlukan
- Sijil lahir anak (salinan + asal)
- Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- Surat nikah / cerai (salinan + asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
- 30 April 2018
TERUSKAN MEMBACA:
Kredit
EmoticonEmoticon