Sepasang suami isteri yang juga merupakan adik beradik kandung terpaksa dihalau dari sebuah kampung di Riau, kerana telah menyorok identiti sebenar mereka selama 11 tahun. Keputusan itu dilakukan untuk mengelakkan pasangan berkenaan dibelasah penduduk kampung.
Keputusan tersebut diambil hasil pertemuan dua pihak antara pihak polis dan ahli agama Masjid Agung Karimun, Kepri Jumaat lalu.
Pasangan berkenaan yang dikenali sebagai Arman 40 dan isterinya, Siti 38 yang dilaporkan menikah 11 tahun lalu dan sekarang memiliki dua orang anak masing-masing berusia 10 (lelaki) dan 8 tahun (perempuan).
Kedua pasangan adik beradik kandung itu dikatakan berasal dari Jawa dan datang ke kampung itu sejak 11 tahun lalu.
Penduduk setempat mengatakan, selama ini mereka tidak mengetahui latar belakang pasangan berkenaan, ditambah lagi kedua-duanya jarang bergaul dengan jiran dan hanya mengetahui mereka berdua adalah pasangan suami isteri dan memiliki dua orang anak.
Bagaimanapun Arman mengaku bahawa isterinya itu adalah adik kandungnya sendiri, dimana mereka berdua dinikahkan selepas ditangkap khalwat sebelum dihalau dari kampung kelahirannya di Jawa.
Sejak daripada itu mereka pindah ke Riau untuk memulakan hidup baru hingga berjaya memiliki 2 orang anak. Ibarat kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, selama 11 tahun temberang pasangan itu akhirnya terbongkar.
Loading...
EmoticonEmoticon